CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Saturday, March 7, 2015

Welcome my lil princess

Hye korunk 😄
Alhamdulillah aku dah selamat bersalin anak no 2. MasyaAllah masih tak percaya lagi anak dah ada 2 orang! 
Kali ni dapat deliver Adik secara normal. Khalisya dulu emergency czer sebab tali pusat terbelit. Merasa jugak la aku bersalin normal. Sakit tok sah cakap laaaa.. Huhuh

Aku start sakit pagi 27hb Feb. Dalam kul 4 pagi dah rasa sakit perut. Masih buat rileks. Lepas suami habis sembahyang jumaat baru p hospital. 

Sampai hospital, doctor buat VE. Dah bukak 3cm. Terus masuk labour room. Dan bermula la drama swasta aku. Hahaha

Tq to husband sebab ada sepanjang aku tengah menahan sakit contraction. Memang aku pegang tangan dia tak lepas. Baju dia abih aku rentap! Hahah. Masa dia p solat, tangan nurse pun jadi laa. Paling best, ayat aku kat nurse, "mana husband akak,dik?"

Sekali husband masuk, dia buat lawak! Aku tengah menahan sakit, buat lawak apa pun kau tak akan gelak punya. Rasa nak lempang ada laaaa. Hahaha. Sudahnya nurse tu yang berdekeh-dekeh gelak! Katanya konon nak hilangkan suasana yang tegang gituuuu. Aku tengah sakit kot wei! Tak beragak bapak dorang ni. Errrrr! 

Disebabkan mak dorang ni tak pandai nak meneran, doktor terpaksa keluarkan Adik menggunakan forceps. Lagipun, dulu aku czer dan jarak pun agak dekat. So doctor takut luka czer dulu terbuka balik kalau meneran lama sgt. So dalam setengah jam tak dapat meneran, doctor terpaksa guna forceps.

Sakit wei bila bersalin guna forceps nih. Adoiii seriau masih ada lagik. Heheh

Betul la orang cakap..bersalin normal ni sakitnya masa in labour tu la. Kalau czer dulu masa dalam pantang jenuh nak menjaga. 

Big thanks to Dr Alinawati & team dari hospital salam. Best sangat doctor ni. Semangat dia bagi masa kat dalam labour room best sesangat! 

Adik sekarang dah seminggu usianya. Alhamdulillah. Disebabkan lahir menggunakan forceps dan size Adik kecik je dalam 2.58kg, tangan kiri Adik ada masalah sikit. Dia tak boleh angkat. Menurut doctor, disebabkan kepala Adik terlalu kecik, forceps tu terkena urat sarat adik kat leher. So ada 2 urat saraf Adik yang terkena. Memang refer pada Doctor Pakar Ortho. Pakar Ortho kata, buat masa ni tak boleh buat apa lagik. Just keep on exercise tangan kiri dia. Fisio pun ada dtg ajar kami sebelum discharge. Alhamdulillah, doktor Zaqrul pun bgtau tangan kiri Adik memang dah beransur baik jika nak dibandingkan dengan masa dia lahir hari tu. Memang Adik dah boleh angkat sendiri tangan kiri dia dah. Nanti after 3 months kena refer balik pada pakar Ortho. Harap tak ada apa masalah. Mudah-mudahan.

Khadeeja Sofea Binti Muhamad Firdaus nama diberi. Semoga Adik menjadi anak yang solehah.
Adik lahir pada 27 Feb 2015 jam 10.40mlm. 

Fresh from oven! Huahahaha. Nampak tak sanggul Adik tu? Sebab pakai forceps le. 

Parut kat muka tu pun kesan dari forceps. Tapi sekarang dah hilang dah. Sanggul pun dah hilang. Heheh
Sayang benau si kakak ni kat adik dia. 

Kali ni mintak makcik aku, ambong tahnikkan Adik. 

Sebelum discharge. 

Nak jugak mak dia enterpremmm! Masa ni Adik kena cucuk amik darah sebab kuning. Adik warded satu hari kat hospital salam. 

Memang nampak Khalisya ni sayang kat Adik dia la. Sebelum Adik lahir risau jugak kot dia merajuk ke apa ke kan. Tapi alhamdulillah nampak dia sayang sgt kat Adik dia. Tak de la dia buat tak reti. Heheh

Masa ni nak hantar Adik warded sebab kuning. Aku tak check in sekali. Sebab khalisya demam pulak. Masa khalisya dulu aku duduk hospital sekali. Stress gile bila dalam pantang kena duduk hospital. Aku pam je susu banyak2. Setiap 2 jam pam susu. Pukul 12 tengah malam pun husband p hospita hantar susu kat Adik. Alhamdulillah dari bacaan 300 esoknye turun ke 193 dan boleh discharge dah. 
Tadi g check lagi kat klinik kesihatan. Makin turun. Bacaan 174. Doctor suruh banyak2 bagi susu ibu. 

Nampak sayang sangat kan? Hahaha tapi kena perhatikan jugak la kan. Kang naya je. Heheh

Anugerah yang tidak terhingga nilainya. 

Pengalaman anak dah 2 ni, hari pertama Adik lahir mak dorang dah bersilat dah. Hahah. Tak pe pelan-pelan kayuh le. 

Tak nak serabut fikir pasal kerja kat ofis tu. Hari-hari ada je yang hantar report kat aku. Aduhh. Pedulik laaaa. Jaga anak-anak lagi terasa nikmat!

Errr..sampai ke hari ni aku masih pelik camna cik ta boleh maintain cantik lepas bersalin? Dia tak berpeluh ke menahan sakit? Arghhhh aku tak dapat buat cenggitu. Berpeluh-peluh menahan sakit kot! 

0 Meninggalkan Jejak: