CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Thursday, February 26, 2015

InsyaAllah kita jumpa nanti ye,adik!

Hye korunk 😄
Masih sempat update belog! Hehe
Ok. Sekarang dah 37 weeks.
Lately kerap sangat rasa sakit kat perut. 
Cuma sehari dua ni discharge pun banyak jugak yang keluar.

Sepatutnya sabtu ni appointment dengan gynea, Dr Alina. Tapi since kerap jugak rasa mild contraction tu yang gagah jugak jumpa dia.
Air ketuban, heartbeat baby semua ok. Adik kecik sikit dari kakak dia dulu. Berat baru 2.6kg. Tak pe biar besar kat luar ye,syg.

Dr buat VE jugak tadi. Dah bukak 2cm. Tapi Dr kata dinding rahim masih tebal. Maybe dalam 2,3 hari lagik la. Harap adik lahir bulan March la. Hehe 
So kami balik rumah dulu. Rileks2 kan diri. Siap2 apa yang patut untuk nyambut orang baru.

Makan selagi boleh makan. Hahah
Hari ni request kat mama nak makan gulai kuning (gulai lomak cili api)! Nanti kang dah beranak tak boleh makan. Hihihi

Sebenarnya nervous dalam hati ni Allah je yang tahu. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan untuk melahirkan adik.


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.



0 Meninggalkan Jejak: