CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Thursday, February 26, 2015

InsyaAllah kita jumpa nanti ye,adik!

Hye korunk 😄
Masih sempat update belog! Hehe
Ok. Sekarang dah 37 weeks.
Lately kerap sangat rasa sakit kat perut. 
Cuma sehari dua ni discharge pun banyak jugak yang keluar.

Sepatutnya sabtu ni appointment dengan gynea, Dr Alina. Tapi since kerap jugak rasa mild contraction tu yang gagah jugak jumpa dia.
Air ketuban, heartbeat baby semua ok. Adik kecik sikit dari kakak dia dulu. Berat baru 2.6kg. Tak pe biar besar kat luar ye,syg.

Dr buat VE jugak tadi. Dah bukak 2cm. Tapi Dr kata dinding rahim masih tebal. Maybe dalam 2,3 hari lagik la. Harap adik lahir bulan March la. Hehe 
So kami balik rumah dulu. Rileks2 kan diri. Siap2 apa yang patut untuk nyambut orang baru.

Makan selagi boleh makan. Hahah
Hari ni request kat mama nak makan gulai kuning (gulai lomak cili api)! Nanti kang dah beranak tak boleh makan. Hihihi

Sebenarnya nervous dalam hati ni Allah je yang tahu. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan untuk melahirkan adik.


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.



Wednesday, February 11, 2015

Holiday ke JB

Hye korunk 😄
Ok entry kali ni memang nak update pasal holiday ke JB last week.
Memang setiap tahun, dapat bonus akan belanja mama abah makan-makan atau tanya apa barang nak dorang berhajat nak beli. 
Cuma tahun ni tanya dulu dorang nak apa.
Nak makan-makan atau g holiday. 
Mula-mula mama kata, nak tiket kapal terobang ke Dubai. Mak datukkk pengsan dengar! Hahaha

So kami decide bawak mama abah ke JB. Tido hotel. Makan best. Bagi rileks sikit mama abah. Penat tolong jaga khalisya yang makin kreatif dan inovatif ni heheh.

Puas jugak carik service apartment kat JB. Tau nye ada 2 je (tak sure la kot ada yg lain kan). Masa survey jumpa KSL Hotel & M-Suite. M-Suite bila baca review adoii seram pulak baca. Hahah. Tapi kawan penah cite..tak de apa2 pun. Ok jeee kat situ.
Tapi tak nak amik risiko. Sebab pernah alami masa konvo kat UUM dulu. Hehe

Jadinya aku book la KSL Hotel. Tapi amik service apartment 3 bedroom. Puas hati la jugak. Besar. Jenuh la khalisy berlari sana sini. Merempit le dia. 😄

Yang penting, mama abah puas hati. Kira ok la kan. Sebab tujuan utama memang utk menghappykan dorang.

Pandangan dari balkoni kami. Memang rasa cam nak terjun dari balkoni je hahah

Ewah ini budak. Teruja la tuuuu 😂😂😂

Sampai je JB dah tengah hari. So pekena dulu makanan org JB sebelum check in. Bawak mama abah angah ke Restoran ZZ Sup Tulang. 

Wahh mee rebus gear box. Phewww memang sodap wei 😄

Abah begitu kusyuk menghirup straw gear box. Heheh

Nampak tak muka dorang betapa excitednye menikmati makanan? Hahah. Jemput-jemput. Sila-sila makan. 😄

Budak ni makan nasi ayam. Kat sini nasi ayam dia pun sodappp. Hampir nak abih nasi sepinggan khalisya makan. 

Petang tu kami ke Danga Bay. Mama bajet nak tgk matahari terbenam. Konon nak romantika dengan abah. Apaaa Danga Bay under construction. Dah macam padang pasir nengok nye. 

 Maybe 2,3 tahun lagi cantik la kot. Dok tambak sana sini.

Opah & cucu yang sangat kreatif dan inovatif. 
Babymoon sebelum adik lahir dan sebelum kami memang tak de masa nak berdua-dua meleset dibawah pancaran bulan. Wakakakakaka 

Bakal jadi kak chor. Tolong ummi jaga adik ye nanti.

Malam nye tu kami dinner seafood kat senibong. Kedai anjung apa ntah nama dia. Sebelah dengan 6 corner. Hari tu masa g dengan husband kami makan kat 6 corner tu. Tak de la sedap mana. Tapi kali ni kami ke anjung ni. Fullamakkk serius sedap ok! Mama bukan jenis org yg senang nak puji makanan kat luar tu sedap. Tapi kali ni mmg dia puji. So mmg confirm sodap la tu kannn..heheh

Hopefully dorang happy dengan holiday kali ni la. Memang niat nak hiburkan hati mereka ni. Sebab tau penat sebenarnye nak jaga Khalisya. Tq ok semuaaa. * hug sikitttt. Heheh

Budak yg tak sabar nak makannnn. 

Untuk breakfast kami bawa mama abah makan kacang pool kat bomba larkin. Review? Tak yah cakap la. Sebab mmg confirm2 sedapppp! 

Lepas balik bawak khalisya main ayor kat dinasour waterpark. Mak aihh sejuk gile ok air dia. Dengan angin kuat gileee. Kejap je khalisya mandi. Selebihnya papa dia lepas gian.


Dinasour nye bergerak & berbunyi. 

Papa khalisya je sanggup berenang menghadap dinasour tuuu. Hahahah 

Penyudahnye mandi kat bath tub bilik jeeee. Hahahaha

Lepas check out tu kami ke rumah kawan husband & sepupu mama. Makan sesajaaa.

Sebelum balik sempat le singgah JPO. Mama berhajat nak mencarik handbag. Khelasss cik mun. 

So harapnye semua org berpuas hati dengan percutian kali ni ye. Ada rezeki lebih nanti lain masa kite p tempat lain pulak. 

Sunday, February 1, 2015

Hashtag: Orang lain beranak sepuluh rileks jeee.

Hye korunk 😄
Hari ni adalah hari pertama didalam bulan kedua ditahun 2015.
Cepat je kan masa tu berlalu.
Bulan depan insyaAllah adik khalisya akan lahir.
Huhhh..kali ni berdebar lain macam.
Mungkin sebab aku dah tau sakit nak bersalin tu macam mana.
Mungkin jugak aku risau sebab dulu khalisya lahir secara czer.
Aku sendiri confius untuk adik ni nak lahir secara normal atau czer.
Kalau ikutkan memang nak lahir normal. Tapi takutnya tu Allah je la yang tahu.

Masa khalisya, kena emergency czer. Bukaan stuck kat 5cm. Contraction tinggi tapi heartbeat baby slow gile. Doc takut baby lemas. Rupanya tali pusat khalisya terbelit. Panjang nau tali pusat kau khalisya.

Dah la sakit contraction ko kena tahan. Kena lak operate lepas tu. MasyaAllah dugaan sungguh.
Bila ingat balik, seriau pun ada!
Ok tak pe.
Rileks luuu.
Kita serah semuanya pada Yang Satu.


Errrr... Camne nanti bila adik nagis & dalam masa yang sama si kakak pun nagis jugakkk? Hahah macam dah dapat bayangan dah camne haru nye nanti. 

Kita tunggu & lihat je nanti macam mana yee 😉