CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Thursday, December 24, 2015

Sayonara 2015

Assalamualaikum.
Minggu depan 2015 dah nak sampai ke penghujung dah. Banyak suka duka sepanjang tahun ni. Tahun yang paling mencabar dan banyak menguji kesabaran. 

Penghujung February 2015, Khadeeja lahir. Excited..happy. Ye la dalam sekelip mata, aku dah jadi mak untuk 2 orang anak. Dulu susah nau nak lekat. Hehe

Tapi..dalam pada tu, bila dapat tahu yang   Khadeeja ada congenital cataract, semua berubah! Sedih,kecewa,takut, semua ada. Lagi sekali aku asyik salahkan diri sendiri. Lupa mangkali, qada qadar Allah kita kena redha menerima segala ketentuan. 

Khadeeja sekali lagi diuji. Sekarang hampir nak ke 10 bulan tapi masih belum merangkak. Masalah urat saraf tangan sebelah kiri. Kalau korang masih ingat, masa dia lahir dulu ada komplikasi. Forcep terkena urat saraf sebelah kiri. Jadinya otot tangan kiri Khadeeja agak lemah. Setiap minggu kena buat fisio kat Hospital Salam. Agak slow perkembangan. Buat sekian kalinya, aku salahkan diri sendiri. Lupa atau buat-buat lupa yang ujian dan dugaan Allah tu sebab nak kita lebih tabah dan sentiasa ingat pada Dia. 


Fisio di Salam.
Untuk baby seumur Khadeeja, banyak yang perlu dia belajar. Selain dari eye patching, kami kena pastikan dia ada perkembangan untuk merangkak dan berjalan. Aku percaya, Khadeeja mempunyai semangat jiwa yang sangat besar. Sesuai dengan nama dia kan, Khadeeja. 


Bulan lepas, Khadeeja kena 2nd surgery untuk buang cataract. Lagi sekali masuk OT. Hancur lebur lagi perasaan aku sebagai mak dia bila tgk keadaan dia camtu buat kali kedua. 
Ramai jugak yang mempersoalkan kenapa perlu nya 2nd surgery.

Aku buat keputusan untuk setuju 2nd surgery bukan semudah ABC. Tak de mak dalam dunia ni sanggup tgk anak kena bedah kan? Anak kena sunat pun jiwa dah lara nak tgk. Ini kan pula bedah mata. 
Kalau tak buat 2nd surgery, memang sia-sia usaha selama ni. Buat apa dia pakai contact lens kalau mata masih kabur dek cataract. Aku nak Khadeeja boleh melihat  dengan kedua belah mata dia. Itu sahaja tujuan aku. 

Doctor memang ada cakap pun yang cataract tu memang ada kemungkinan utk datang lagi. Cuma aku mohon semua, doakan lah semoga cataract tidak datang lagi. 


Untuk 2nd surgery ni, entah kenapa aku tak nagis tengok Khadeeja camni. Aku tak tahu apa aku rasa. Sampai lah dah discharge dan dah sampai rumah..baru aku tahu jawapan.

Aku pendam perasaan tu! Kononnya nak jadi mak yang strong, tabah. Aku tahan air mata dari menangis. Sampai rumah, bila Khadeeja menangis menjerit tak nak titikkan ubat, tambah lagi demam pulak. Masa tu laaa aku nagis. Masa tu rasa frustttt gila. Rasa gagal jadi mak dia. Khadeeja nagis kat luar bilik. Aku nagis sorang2 dalam bilik. Sampailah husband masuk bilik dan cuba tenangkan aku. Dia suruh aku nagis puas2. Huhu

Akhirnya aku percaya kata orang, yang kita perlu menangis untuk luahkan perasaan kita. Sebab lepas nagis tu, ajaibnya.. Aku ok! 

Sebelum masuk OT. Kasih papa membawa bahagia.

Mata kanan masih bengkak lagi.

Adik Deeja. 

Sekarang Khadeeja dah pakai contact lens. Tak usah ditanya la camne aku masukkan lens tu. 
Kekuatan tu akan datang dengan sendirinya. Kena yakin la pada diri sendiri yang kita boleh buat. InsyaAllah, boleh! Heheh

9 bulan aku tunggu eye contact dari Khadeeja. Tunggu respons dia bila panggil nama dia. Pakai je lens dia happy sangat. Luas pandangan agaknya. Alhamdulillah sangat. Lama-lama nanti aku percaya Khadeeja akan biasa dan kami akan ok. 

Eye patching. Mak datukkkk susah okeh treatment ni. Dia punya menangis meragam masyaAllah! Heheh 
Tak pe. Ummi akan terus kuat semangat. Tidak akan sesekali berputus asa! 💪

Nampak banyak sangat dah perubahan dia sejak pakai lens ni.


Semakin akrab dua beradik ni. Tapi kadang-kadang ada jugak perasan yang Khalisya jeles dengan adik dia. Hehe layan kan je laaa. 


Kalau kakak dia geletek bukan main besar gelak si adik. Pandai nau adik nak amik hati kakak hehe 

Khalisya yang semakin besar semakin ligat hehe. Suka sangat uji kesabaran mak dia. 

Ok korang. Nanti sambung lagi okeh. 

So hopefully 2016 segala urusan kami sekeluarga dipermudahkanlah. 
Salam maulidur rasul & Happy new year uolsss! 😘

2 Meninggalkan Jejak:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)