CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Wednesday, March 26, 2014

Remembering MH370

Hye korunk.

Sedih. 
Pilu.
Sebak.

Semoga keluarga penumpang dan anak kapal MH370 tabah dan redha dalam ujian Allah.

 
Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik musibah ini. 
Mati itu sudah pasti.
Persoalannya bagaimana pengakhiran kita nanti.
Wallahualam.

Remembering MH370.
Stay strong Malaysia!
Al-fatihah.

Saturday, March 22, 2014

Khalisya Ameera

Hye korunk!
Allahuakhbar. Lama sungguh tak update wei. Tak ada masa pun iya. Malas pun iya jugak! Heheh

Ok. Untuk yang tak tahu tuan empunya belog ni udah punyai anak dara. Heheh

Alhamdulillah anakanda diberi nama Khalisya Ameera (khalisya -suci/murni & ameera - puteri). Khalisya memang nama yang mak pak dia mmg pilih. Ameera tu pilihan opah. Khalisya lahir sehari sebelum bulan ramadhan. 9/7/2013. Ini memang tarikh edd. Genap 9 bulan 10 hari. 


Fresh from oven gituuu 😂
Saya dah botak! Hahah 😄
1st time khalisya jumpa kak chem 😘

Kena denggi masa usia 3 months. Tuhan je tahu perasaan ummi masa tu 😭😭😭

Alhamdulillah khalisya bebas dr denggi. 4 hari berkampung kat hospital. Tq Dr Zaqrul!
Masa tu jgn ditanya emosi ummi. Jiwa kacau ya amat! Setiap kali nurse nak amik darah..setiap kali tu la khalisya menangis minta tlg ummi. Tak kuat nak nengok. Tp tetap gagahkan diri jadi kuat demi khalisya. 

2 bulan lepas tu khalisya warded lagi. Demam biasa. Tp disebabkan ada history denggi..setiap kali demam ummi kena extra carefull. Masa warded kali ni ummi sorang2 handle. Papa keje masa tu. Majikalnya, ummi kuat! Kehulur kwhilir buat sorang diri. Dari tak tahu apa boleh jadi serba tahu. Semakin pandai handle emosi. Syabas ummi!!! 😂💪😂

Khalisya @ 5months 😘😘😘

Khalisya @ 6 months
Yang ni gambar2 khalisya masa bercuti ke dubai hari tuu. Nanti ummi upload cite tu ye heheh 😄

Khalisya dah 8 months dah sekarang. Masih meniarap dan mengensot kesana sini. Belum merangkak lagi. Tp kalau berdiri tu dah tegakkk dah kaki dia.
Cuma sekarang dah pandai ikut cakap kita dah. 😂
Boleh la kiranya kalau ummi nak start ajar alif ba ta kan..heheh

Khalisya, ummi tak akan sentiasa ada. Moga suatu hari nanti khalisya tak lupa kan ummi. Andai suatu hari nanti khalisya diberi pilihan antara 2 jalan..pilihlah jalan yang sarat berduri. Sebab disitulah khalisya akan belajar banyak perkara. Tentang kehidupan Allah,alam dan segala hal duniawi. Disitulah khalisya akan lebih kenal siapa diri khalisya sebenarnya. 
Ummi sentiasa doakan khalisya berjaya didunia akhirat. Doa ummi sentiasa. 

Sekarang belog ni memang special dedicated to my lil daughter. 😂