CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Saturday, March 10, 2012

ngada aje kan?

Hye korunk:)
sila muntah laju-laju melihat betapa manja gedik nye saya dengan hubby !
tak pernah pun selama nih begini..
saje mengedik gitu..
kehkehkeh

konon nye demam..
tak mampu nak potong kuku sendiri..
hahahaha
benor nye,hidung ni ha..
ada bisul dalam nye!
sakit nya..fullamak..tak terkata uolsss!!
dengan demam nye..
tuh sebab manja terlebih..


sekarang nih alhamdulillah..

kurang dah sket sakit nye..
demam pun dah ok..

dapat balik umah mama,hilang lah demam!



ermm..doakan moga ada rezeki hubby nanti..lama sgt dah mencuba,harap rezeki memihak pada dia lah lepas nih..

sharing is caring uolsss

Hye korunk :)
happy weekend ye..
harapnya weekend sy minggu ni ok la..
start khamis ari tuh..
badan x sihat..
asal malam nye badan sejuk menggigil!huhu

ok..sy nak share dgn uolsss..
siapa-siapa yang masih belum ada rezeki mcm kami nak ada anak sendiri..
boleh la amalkan doa nih..
abah bagi ari tuh..



ada jugak kwn blogger cadangkan pd sy utk amalkan minum jus pati delima..
sedap jus nya.
masam-masam sket gitu..



ok..sama-sama lah kite usaha..
sekarang syukur alhamdulillah sy dah boleh betul2 ikhlas menerima dugaan Allah dulu..
semoga saya akan terus tabah..

posted from Bloggeroid

Sunday, March 4, 2012

happy holiday ye!

Hye korunk :)
pagi semalam anta my sis dan anak dia ke airport..nak terbang ke Dubai..
ada org nak sambut birthday kat Dubai uolssss!
hehehe

actually my BIL keje kat sana..
so kiranya nak g jalan sana sambil lepaskan rindu-rinduan gitu..

anak buah mak punya la excited..
sebelum g..dok la hitung hari!hehe

happy holiday ye yong!
jgn lupa FM dgn jubah kiteorg..
kuikuikui



opsss..opah dok sibuk berchat dgn anak cucu kat Dubai dgn whatsap!
disuruhnya mak tinggalkan hp kat umah..hehehe

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 21, 2012

Petikan Dari Myibrah : Doa



Hye korunk :)
mak nak share something yang mak dapat dari email..

PETIKAN DARI MYIBRAH : DOA

Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini :

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hanya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong :

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis : “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul !”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya. Semoga Allah redha dengan kita.





gambar-gambar nih diambil masa kami ke Sarawak awal tahun hari tuh..x sempat nak wat satu entry..tengok la sikit2 akan diupdate kan.. :D

Monday, February 20, 2012

kau dan aku


Hye korunk :)
Sabtu lepas kami ke Melaka..
ada kenduri kawan Hubby kat Alor Gajah..
lepas tuh kami pun jalan-jalan le sat kat sana..




niat asal nya memang nak bawa Mama & Chempaka..
tapi, Chempaka balik umah opah nye yang kat Sg Besi..
Mama lak tak larat nak jalan sangat..
nasib baik la mama x jadi ikut..
sebab aku sendiri pun agak "pancit" gak jalan-jalan nih !
hahahahaha



sebelum balik tuh kami singgah ke Asam Pedas Power Abg Pie kat jalan hang li po..
aduhai..1 jam ok kami menunggu..
kul 7pm order..kul 8.10pm baru dapat asam pedas nye..
padahal nya mak adalah orang kedua yang order..
aduhhaii memang menguji kesabaran..
nasib surau ada dekat situ..
boleh la Maghrib..
asam pedas nye sedap la..
kata original Melaka kan..
harus la sedap!
cuma,
makk aiihh..pedas melantun ok !
hubby makan sampai air hidung kuar bagai la...
kesian dia..
hehehe

ok uolsss...
nanti mak sambung lagi eh..
gigih kan sekarang mak mengupdate belog! :D



syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri..atleast i have something..hikmah disebalik kesedihan dulu..Allah adalah perancang yang terbaik..Dia Maha Mengetahui apa yang kite tidak pasti..doaku, semoga aku tidak tergolong didalam mereka yang hanya mengingatiMu diwaktu susah sahaja..jauhkanlah Ya Allah. aku bersyukur diatas pinjaman nikmat yang Kau berikan ini.

Sunday, February 19, 2012

Jujur Aku Dayus



Hye korunk :)
semalam tengok tak cerekarama "Jujur Aku Dayus"..
aduhai..mak memang suka dengan si Beto Kusyairy nih..
kalau lakonan dia memang memberi kesan betul..

memang dia x handsome dan macho macam si Aaron Aziz atau Adi Putra..
tapi, serius..
dia "sesuatu" sangat kan?!
hahahahaha

dalam telemovie nih pun lakonan Nora Danish pun makin best..
cuma,
Irma Hasmie?
memang salute pada dia..
sejak dia berhijrah untuk memakai hijab lagi tambah-tambah suka dgn dia..
dia berlakon pun masih menjaga apa-apa yang perlu dijaganya..

bagi siapa-siapa yang x nengok telemovie nih..
ce tengok kat link mak kat atas nih ye..
memang tersentuh sangat hati nih!


Sinopsis: Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.

Lakonan: Nora Danish, Beto, Zul Ariffin, Irma Hasmie








pagi tadi dalam kul 10 mak nengok cite Sesungguhnya kat Asteruk Prima..aishh dha banyak kali nengok..tapi, tiap kali nengok mesti nagis! kuikuikui :D