CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Saturday, July 11, 2015

Anak syurga ini kuat semangatnya!

Assalamualaikum.
Jumaat depan dah nak raya dah. Kejap sangat rasanya.
Serius. 
Tak de langsung feel nak raya. Husband sampai sekarang tak de lagi baju raya. Baju anak-anak pun mana yang sempat beli je. Nasib rezeki dorang murah. Ada je yang bagi hadiah. Khadeeja sampai 2 pasang kasut dapat. 
Hashtag Syukur.

Alhamdulillah Khadeeja getting better. Last Friday, follow up dengan Dr Azura. Radang di mata semakin berkurangan. Ubat harus continue bagi sehingga sebulan. 


Sekarang dia hanya harapkan pada mata sebelah kiri. Untuk sementara waktu ini..

30hb nanti baru set appoitment utk contact lens. Bukan terus dapat. Sebulan jugak la ambil masa. Perlu order & bayar dulu. Katanya contact lens tu dari US. Range harga dalam rm800-rm1k jugak. 

Kenapa dah sebulan?

Sebab luka jahitan nanti insyaAllah dah semakin baik dan Doktor boleh check berapa power mata nanti.

Ada jugak yang tanya macam mana pembedahan mata buang cataract hari tu? Sama mcm org dewasa guna kaedah laser ke?

Untuk baby, pembedahan buang cataract bukan menggunakan kaedah laser. Perlu dijahit didalam mata. Seriau kan dengar? Ok. Tolong jangan tanya lelebih. Sebab nanti korang sendiri yang akan ngilu. 

Sebab bila aku tgk Khadeeja, aku sendiri akan terasa ngilu. Terasa ngilu pada luka jahitan czer dulu & ngilu kat mata. 

Selepas usaha 50% dari Doktor utk pembedahan tu, balance lagi 50% adalah yang paling mencabar sebenarnya.
Balance 50% tu datangnya usaha dari kami mak ayah Khadeeja. Terutamanya dari aku.
Nak titikkan ubat pun payah. Ye la. Dia dah semakin bijak. Ditepisnya tangan kita. Nak berbedung pun perlu "berperang" dulu. Tak dapat nak bayangkan masa nak pakai contact lens nnt tu. Bayangan dah ada dah. 

Aku akan cuba pada tahap yang max utk pastikan Khadeeja dapat melihat sama mcm budak2 normal yang lain. Aku tahu, aku tak boleh give up. Aku tahu, Khadeeja amat memerlukan kekuatan dari aku. Dan aku tahu, Khadeeja akan menjadi seorang anak yang kuat semangatnya bila dewasa nanti. 

Aku kena redha dengan ujian Allah. Macam mana aku redha masa aku hilang anak pertama dulu. 


Kalau Deeja sehalus ini mampu kuat. Siapalah ummi utk menjadi lemah pula. Allahuakbar! 

"Senyuman manis itu boleh terukir walau menggendong sejuta masalah andai engkau yakin Tuhan itu ada"

0 Meninggalkan Jejak: