CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Monday, March 16, 2015

Kalut sesaja halnya!

Hye korunk 😄
Selain dari kalut handle 2 anak..kami laki bini kalut dengan hal rumah baru. Adik lahir 3 minggu awal. So segala plan kami memang dah lari 100%! 


Ada le jugak aku langgar pantang terpaksa keluar rumah jap untuk mencarik lampu, kipas & segala barang yang kontraktor nak. Huhu

Peti sejuk, oven & microwave kami pasang built in dengan kitchen kabinet. So tu yang terpaksa mencari barang2nya. Kami kan sehelai sepinggang. Harapkan hadiah org bagi masa weeding dulu je laa.

Untuk barang elektrik, abah suggestkan kedai Thye Hin kat The Store Seremban. Memang banyak barang elektrik Abah beli kat sini. Service after sale pun bagus. Dapat jugak le rege promotion. Kipas pun kami rembat kat sini. 3 buah kipas dapat dlm rm400+. Kami beli 6 buah kipas.Lagi 2 kami beli kat Avalon, Senawang. 


Untuk lampu, kami survey 2 buah kedai. Avalon & Reka Light. Reka Light ni masa amik kunci hari tu, developer bagi voucher rm300. 

Ni plan untuk lampu & kipas untuk satu rumah kami. Berguna sesangat benda alah ni.

Avalon pun harga ok jugak la. Lampu downlight, lampu untuk kaunter bar, lampu gantung kami beli kat sini. 
Pening sebenarnye memilih lampu ni. Teleng kepala dok mendonggak! Hahah

Reka Light ni kat Seremban 2. Depan Jusco. Aduhh lagi cantik2 lampu kat sini. Kami beli lampu slap untuk dalam bilik & bilik air, lampu gantung untuk balkoni, family hall, porch, lampu dinding kat tangga. Harga pun ok. Yang meriah mcm rumah mak datin pun ada, yang simple pun ada. Harga ikut design la. 

Semua barang-barang dah bagi kat kontraktor semalam. Tinted pun dah pasang. Tinggal cat,pasang grill & samak je. 

Lepas ni pening kepala untuk beli perabot pulak. Errrr... 


1 Meninggalkan Jejak:

Huda Luna said...

best nye nak masuk rumah dah

pantang bebaik kak penna hehe