CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Monday, July 11, 2011

custard tea cupcakes

Hye korunk :)
semalam mak tak de g mana-mana..
dok umah aje le..
sebab tuh ada sedikit rajin..
masak pajeri terung, ikan sambal bagai..
lagi rajin..
siap buat cupcakes lagik !

tertiba mak rasa cooking adalah sesuatu yang menarik dan tertarik !
hahahaha

hari tuh mak ada buat custard cake..
Hubby siap bawa ke office..
so,
semalam mak tukar sket le..
buat cupcakes pulak..

dan,
ini lah hasil nye...


Custard Tea Cupcakes
kredit to Diana
Bhn²
125g / 1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

Bhn² Kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

Cara² Untuk Kastard
  1. Larutkan tepung kastard dan gula ke dalam susu.. panaskan hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan butter dan vanilla.
  3. Sejukkan.
Cara² Untuk Kek
  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastard.. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mentega yang telah d cairkan dan pukul sebati.
  4. Bubuh pewarna perang dan gaul rata.
  5. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam cawan kertas dan tuangkan sedikit adunan kastard dan bubuh lagi adunan kek sehingga 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang d gunakan ) d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C.
Note: Doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...

kalau custard nih meleleh lagi umphhh tau !
tapi,
arghhh...memang sedap !
korang boleh try la..
sbb mmg sedap!
hehehe...

korang boleh try ye..
cuba la !



2 Meninggalkan Jejak:

sissyira said...

salam

memasak atau main masak-masak memang sedap. =)

s.y.a.r.q said...

<<<Tak ade bran syarq nak buat lagi ape2 cake. Almaklum la.tangan ni x seswai :P semua kek jadi batat. sob sob sob