CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Wednesday, April 8, 2015

Our oilfield man

Hye korunk 😄
Tajuk je omputeh tapi details dalam bahasa kebangsaan. Kehkehkeh 

Setelah cuti hampir 2 bulan. 3 hari sebelum bersalin dia balik sampai la berpantang dah masuk hari ke 40. Dah mcm dia pulak maternity leave! 😅

Walauapa pun.. Terima kasih la banyak2 sebab sudi jaga kami bertiga ni ha. 
Errrr aku dah nak abih pantang dia naik keje pulak. Abih tu sapo nak bawa aku g makan2 celebrate "hari kebebasan" nih? 

Tuesday, April 7, 2015

Mengkome dua nih

Hye korunk 😄
Biar la gambar menceritakan segalanya! Hahah

Tapi aku tetap nak ceritakan segalanya kat mengkome semuaaa. Errrr 😅😅😅

Sejak dah beradik ni, Khalisya dah tak nak tidur dalam buaian. Sound mcm menarik je kan? Wahh kakak-kakak sangat! 

Tapi rupanya lagi haru tau. Sebab kalau nak tidur, nak menyusu mesti baring atas lengan mak dia! Hohoho

Kalau time tu mak dia nak berak ke kencing ke..harus tahan dulu! Even kalau Khadeeja menangis masa tu pun dia memang tak akan bagi aku bergerak amik adik dia! Dia tahan pakai kepala dia ok.. Jenuhhh..

Puas pujuk..tapi lama2 dia bagi la tengok adik dia..kena pujuk2..cium2 dulu. Kira mcm kena bayar tax dulu laaa kat dia huhu

Selalunya Khadeeja bf dengan aku. Si Khalisya akan baring kat peha aku. Memang dari start Khadeeja lahir aku belum pernah bf kan dia sambil aku baring2 manja terlelap ke.. Never ok! Aku kena duduk pangku si Khadeeja sebab Khalisya akan baring di peha aku sambil pegang tangan aku! Fuhhhh lengguh tok sah cakap aaaaa... Semut2 kaki ni.. Anak punya pasal uolssss.. Mak ala2 pasrah redha gituuu.. 😄

Phewwww.. Nanti mengkome dua dah besor, memang aku nak cerita semuaaaa nya. Nanti sok lusa aku dah tua harapnya mengkome dua dapat le pinjam sesaat dua peha mengkome untuk aku lunjurkn badan ye. 



Ok tertiba touching... 



Wednesday, April 1, 2015

Hey si rumah manis rumah

Hye korunk 😄
Waduh hari hidup aku penuh dengan hal GST. Nak buat macam mana kan, hadap je laaaa. Yang sokong pun kemain lagi kau. Getik aku membaca statement redha hangpa yang menyokong tu. Ok aku faham. Duit hangpa banyak kan? Hangpa semua kan arif dan bijaksana dalam menguruskan hal kewangan. 
Errrr.. Ok belog aku bukan belog politikus. Nak kondem org sana org sini. Bukan ok!
Kita tunggu dan lihat je la nanti macam mana keadaan yang akan berlaku lepas ni. Huhu

Arghhh ok stop cakap pasal GST! 

Update belog sebab nk update cerita pasal rumah manis rumah kami ni haa.. 

Good news, rumah dah siap. Tinggal tuan rumah & anak2 masuk melangkah kaki sajo. Errr.. Sebenarnye barang2 dalam rumah banyak tak ada lagik. Kami kan sehelai sepinggang. Sofa & kerusi makan je dah beli. Kerusi makan tadi org kedai dah anta. Sofa maybe hujung bulan ni or next month baru dapat. 

Untuk 2 benda alah tu je kami mcm nak gile p survey sana sini. Ada banyak jugak kedai buat promosi semperna GST last month. Errr nak implement GST pun org kedai boleh buat promosi kan? 

Untuk sofa kami beli kat Gucca Italy kat Seremban Town. Katil banyak discount. Tapi kami tak beli. Kami beli sofa je. Beli pun bukan yang leather. Hak sofa fabric biasaaaa je. Mana yang mampu je la uolsss. Hehe 
Bnyk yg cantik. Tp harga pun cantikkkk. Bila tengok harga mcm nak pengsan la. Hehe kami beli hak yang paling murah dlm kedai tuu. Sekali lagi kami ulang, mana yg iolss mampu je laa, uolsss! Hahah

Untuk meja makan beli kat mana ntah nama kedai dia. Lupo iolss. 

Sekali lagi, kami beli mana yg mampu dan dlm bajet je la uolsss 😄

Ok ni belanja sikit gambo apa yg dah ada kat rumah ye. 


Yg ni dapur iolss. Kononnye nnt iolss akan habiskan masa kat sini. Konon je laaaa..
Kenapa pilih warna hitam? Entah sebab masa tu serabut nak beranak so aku main taram je. Huhu
Mula2 mcm menyesal. Tp lama2 rasa cam ok laaa. Nnt kat tingkap dapur tu nk letak blind. 

Oiii husband dah warning, kalau tak rajin masak tak tau laaaa. Hehe

Excited sebenarnye nk masuk rumah ni. Tapi barang2 bnyk tak de lagik. Macam aku ckp dulu laa.. Kami bukan lahir anak org kaya yg mana mak bapak boleh sponsor itu ini. Semua korek sendiri wei. Gali..gali..gali mana yg boleh digali. Kami laki bini pun bukan banyak duit pun. Kami baru nk belajar hidup bak kata org. Tapi selagi ada kudrat mana yg mampu akan kami usahakan untuk 2 org puteri kami ni. Chewaahh gituuu. Harapnya nnt anak2 aku dah beso dorang baca belog ni mohon sangat dorang terharu.Heheh 

Langsir kami belum survey lagi. Hasil google katanya kat Nilai murah2 jugak. Tapi dah implement GST ni celah mana nye nak murah kan? Nasib kau la labuuuu... 




Wednesday, March 18, 2015

Double K

Hye korunk 😄
Sebenarnya ada banyak entry yg tunggu dipublishkan. Save dalam draft dulu ye.

Ok. Serius dah terasa dah bahang anak dua nih! Bila dua dua tido, terasa aman & sunyi la. Si kakak la kepochi memeriahkan suasana. Adik tau nagis je sekarang hehe

Bila malam, Adik nagis..si kakak pun nagis sama. Reason kakak nagis sebab..tak bagi mak dia tengok adik. Khalisya tidur berbantalkan lengan mak dia. Kalih je lengan, dia akan terjagaaa!! Masa husband ada nih, boleh la gilir2. Esok lusa husband dah naik laut, confirm mak budak2 ni jadi singa jadian dimalam hari! 

Adik tak de la kuat nagis macam kakak dia dulu. Cuma kalau dia nagis tu memang style jerit kuat2. Nak jadi penyanyi ke,dik?ngenti an la nak jadi penyanyi. Ummi bantah awal2! Nak nyanyi dalam bilik ayor, tak peee.. 😁

Bagusnya khalisya ni, kalau kita minta tlg amik kan pampers adik ke..buang pampers adik..dia memang akan buat la. Kalau mak dia tido (rehat ok sebab malam kan berjagaaa haha), khalisya akan kejutkan aku bgtau adik nagis. Kalau tengah main kat luar, dengar adik nagis..berlari masuk dalam rumah nak p tgk adik. Gituuu penyayang nye si kakak pada adik diaaa. 😄

Kadang2 ada jeles jugak. Bila adik dah tak nyusu, dia tau time tu masa untuk dia. Memang dia akan datang meleset kat aku. Tapi kalau mak ngah dia ada.. Boleh la mak dia rehat sikit. Sebab dia akan ngikut mak ngah dia kemana sahaja! Hahah nasib la mak ngah 😂😂😂



Ohh Adik dah 20 hari. Berat dah 3.4kg tau! Heheh

Cepat besar sikit ye,dik. Nanti boleh join kakak main. 😄

Monday, March 16, 2015

Kalut sesaja halnya!

Hye korunk 😄
Selain dari kalut handle 2 anak..kami laki bini kalut dengan hal rumah baru. Adik lahir 3 minggu awal. So segala plan kami memang dah lari 100%! 


Ada le jugak aku langgar pantang terpaksa keluar rumah jap untuk mencarik lampu, kipas & segala barang yang kontraktor nak. Huhu

Peti sejuk, oven & microwave kami pasang built in dengan kitchen kabinet. So tu yang terpaksa mencari barang2nya. Kami kan sehelai sepinggang. Harapkan hadiah org bagi masa weeding dulu je laa.

Untuk barang elektrik, abah suggestkan kedai Thye Hin kat The Store Seremban. Memang banyak barang elektrik Abah beli kat sini. Service after sale pun bagus. Dapat jugak le rege promotion. Kipas pun kami rembat kat sini. 3 buah kipas dapat dlm rm400+. Kami beli 6 buah kipas.Lagi 2 kami beli kat Avalon, Senawang. 


Untuk lampu, kami survey 2 buah kedai. Avalon & Reka Light. Reka Light ni masa amik kunci hari tu, developer bagi voucher rm300. 

Ni plan untuk lampu & kipas untuk satu rumah kami. Berguna sesangat benda alah ni.

Avalon pun harga ok jugak la. Lampu downlight, lampu untuk kaunter bar, lampu gantung kami beli kat sini. 
Pening sebenarnye memilih lampu ni. Teleng kepala dok mendonggak! Hahah

Reka Light ni kat Seremban 2. Depan Jusco. Aduhh lagi cantik2 lampu kat sini. Kami beli lampu slap untuk dalam bilik & bilik air, lampu gantung untuk balkoni, family hall, porch, lampu dinding kat tangga. Harga pun ok. Yang meriah mcm rumah mak datin pun ada, yang simple pun ada. Harga ikut design la. 

Semua barang-barang dah bagi kat kontraktor semalam. Tinted pun dah pasang. Tinggal cat,pasang grill & samak je. 

Lepas ni pening kepala untuk beli perabot pulak. Errrr... 


Thursday, March 12, 2015

Semua sebab EL!

Hye korunk 😄
Sekarang ni semua orang dok layan cerita Teman Lelaki Upahan kan? Aduhh cair betui nengok si EL tuuuu hihihi
Terus ai follow ungku ismail ni kat ig tau. Hahaha

Sengal-sengal ubi gituuu. Suka benau buat lawak tak kena tempat. 

Semalam ke bila ntah scene si Kyra tu masuk hospital. Sweet gile EL nih suapkan makan bubur bagai. Kehkehkeh

Tengah syok2 layan cerita tu sambil nyusukan si Khadeeja..

Tertibaaaa....



"Dushhh..!!"


"Tak payah nak senyum sorang2 lah. Tengok je laaa!"


Mak datuk..setepek kena sound! 

Adoiii laki aku baling bantal! Potong betul laa mamat ni orang nak layan feel.