CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Wednesday, April 1, 2015

Hey si rumah manis rumah

Hye korunk 😄
Waduh hari hidup aku penuh dengan hal GST. Nak buat macam mana kan, hadap je laaaa. Yang sokong pun kemain lagi kau. Getik aku membaca statement redha hangpa yang menyokong tu. Ok aku faham. Duit hangpa banyak kan? Hangpa semua kan arif dan bijaksana dalam menguruskan hal kewangan. 
Errrr.. Ok belog aku bukan belog politikus. Nak kondem org sana org sini. Bukan ok!
Kita tunggu dan lihat je la nanti macam mana keadaan yang akan berlaku lepas ni. Huhu

Arghhh ok stop cakap pasal GST! 

Update belog sebab nk update cerita pasal rumah manis rumah kami ni haa.. 

Good news, rumah dah siap. Tinggal tuan rumah & anak2 masuk melangkah kaki sajo. Errr.. Sebenarnye barang2 dalam rumah banyak tak ada lagik. Kami kan sehelai sepinggang. Sofa & kerusi makan je dah beli. Kerusi makan tadi org kedai dah anta. Sofa maybe hujung bulan ni or next month baru dapat. 

Untuk 2 benda alah tu je kami mcm nak gile p survey sana sini. Ada banyak jugak kedai buat promosi semperna GST last month. Errr nak implement GST pun org kedai boleh buat promosi kan? 

Untuk sofa kami beli kat Gucca Italy kat Seremban Town. Katil banyak discount. Tapi kami tak beli. Kami beli sofa je. Beli pun bukan yang leather. Hak sofa fabric biasaaaa je. Mana yang mampu je la uolsss. Hehe 
Bnyk yg cantik. Tp harga pun cantikkkk. Bila tengok harga mcm nak pengsan la. Hehe kami beli hak yang paling murah dlm kedai tuu. Sekali lagi kami ulang, mana yg iolss mampu je laa, uolsss! Hahah

Untuk meja makan beli kat mana ntah nama kedai dia. Lupo iolss. 

Sekali lagi, kami beli mana yg mampu dan dlm bajet je la uolsss 😄

Ok ni belanja sikit gambo apa yg dah ada kat rumah ye. 


Yg ni dapur iolss. Kononnye nnt iolss akan habiskan masa kat sini. Konon je laaaa..
Kenapa pilih warna hitam? Entah sebab masa tu serabut nak beranak so aku main taram je. Huhu
Mula2 mcm menyesal. Tp lama2 rasa cam ok laaa. Nnt kat tingkap dapur tu nk letak blind. 

Oiii husband dah warning, kalau tak rajin masak tak tau laaaa. Hehe

Excited sebenarnye nk masuk rumah ni. Tapi barang2 bnyk tak de lagik. Macam aku ckp dulu laa.. Kami bukan lahir anak org kaya yg mana mak bapak boleh sponsor itu ini. Semua korek sendiri wei. Gali..gali..gali mana yg boleh digali. Kami laki bini pun bukan banyak duit pun. Kami baru nk belajar hidup bak kata org. Tapi selagi ada kudrat mana yg mampu akan kami usahakan untuk 2 org puteri kami ni. Chewaahh gituuu. Harapnya nnt anak2 aku dah beso dorang baca belog ni mohon sangat dorang terharu.Heheh 

Langsir kami belum survey lagi. Hasil google katanya kat Nilai murah2 jugak. Tapi dah implement GST ni celah mana nye nak murah kan? Nasib kau la labuuuu... 




1 Meninggalkan Jejak:

Paidi Hasan said...

wah...ohsem lah kak.. memang cantik2 semua tu... teringin juga nak ada kat rumah sendri