CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Tuesday, April 7, 2015

Mengkome dua nih

Hye korunk 😄
Biar la gambar menceritakan segalanya! Hahah

Tapi aku tetap nak ceritakan segalanya kat mengkome semuaaa. Errrr 😅😅😅

Sejak dah beradik ni, Khalisya dah tak nak tidur dalam buaian. Sound mcm menarik je kan? Wahh kakak-kakak sangat! 

Tapi rupanya lagi haru tau. Sebab kalau nak tidur, nak menyusu mesti baring atas lengan mak dia! Hohoho

Kalau time tu mak dia nak berak ke kencing ke..harus tahan dulu! Even kalau Khadeeja menangis masa tu pun dia memang tak akan bagi aku bergerak amik adik dia! Dia tahan pakai kepala dia ok.. Jenuhhh..

Puas pujuk..tapi lama2 dia bagi la tengok adik dia..kena pujuk2..cium2 dulu. Kira mcm kena bayar tax dulu laaa kat dia huhu

Selalunya Khadeeja bf dengan aku. Si Khalisya akan baring kat peha aku. Memang dari start Khadeeja lahir aku belum pernah bf kan dia sambil aku baring2 manja terlelap ke.. Never ok! Aku kena duduk pangku si Khadeeja sebab Khalisya akan baring di peha aku sambil pegang tangan aku! Fuhhhh lengguh tok sah cakap aaaaa... Semut2 kaki ni.. Anak punya pasal uolssss.. Mak ala2 pasrah redha gituuu.. 😄

Phewwww.. Nanti mengkome dua dah besor, memang aku nak cerita semuaaaa nya. Nanti sok lusa aku dah tua harapnya mengkome dua dapat le pinjam sesaat dua peha mengkome untuk aku lunjurkn badan ye. 



Ok tertiba touching... 



0 Meninggalkan Jejak: