CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Saturday, July 4, 2015

Congenital Cataract

Assalamualaikum.
Sedar tak sedar tak lama lagi nak menyambut raya dah. Sekejap sangat masa tu berjalan kan. Ramadhan tahun lepas, kami mendapat kejutan berita gembira. Masa Ramadhan tahun lepas la dapat tahu aku mengandungkan Khadeeja. Sekali lagi, Ramadhan tahun ni. Kami dapat kejutan lagi...

Anak syurga aku, Khadeeja Sofea menghidap congenital cataract atau katarak kongenital pada mata sebelah kanan.

Perasaan aku?

Sama seperti aku kehilangan anak kami yang pertama pada 2011. Dugaan Allah buat kami. Allah tidak akan duga diluar kemampuan kita, bukan?

Katarak kongenital ialah satu keadaan di mana kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lut cahaya telah bertukar menjadi keruh dan keadaan ini dikesan selepas kelahiran.

Ramai yang tanya, macam mana aku boleh detect?

Masa Khadeeja usia 2 bulan sebenarnya aku dah perasan mata dia mcm tak berapa nak fokus. Mata hitam dia suka sangat melilau. Tak ada eye contact dengan aku. Dia tak pernah pandang muka aku. Aku nak sangat dia pandang muka aku 😭.
Banyak jugak perkembangan dia aku compare dengan Khalisya dulu. Dari perkembangan yang lain, dia sama mcm Khalisya bahkan ada yg cepat dari Khalisya dulu.



Mula-mula aku ingatkan dia tak nampak. Sebab tak ada response kan. Mata yang ada katarak tu, mcm nak ke arah juling. 
Try jugak google. Dapat jugak info tapi aku masih buat tak tahu lagi. Untuk sedapkan hati, aku pujuk hati kata mungkin dia kecik lagi. Baru 2 bulan. Tak boleh nak fokus sgt lg.

Masuk bulan ke 3, mata dia masih sama. Bahkan mata hitam dia semakin melilau. Masa 3 bulan, aku ada jumpa doktor ortho sebab masa dia lahirkan ada masalah bahu. Ada jugak aku tanya masa tu. Tp doktor tu kata itu adalah normal. Ye la dia bukan paed kan..


Aku makin tak sedap hati. Masuk bulan ke 4, aku bawak dia jumpa Dr Zaqrul. Paed kat hospital salam senawang. Memang dah biasa dengan doktor ni. Bila aku cerita masalah Khadeeja, Dr Zaqrul muka dia dah serius. Dia kata memang ada nampak sesuatu pada mata hitam sebelah kanan. Dia refer case Khadeeja pada Optimax Seremban, Dr Suraiya. 


Balik dari jumpa Dr Zaqrul, aku google jugak lagik. Study lagi. Aku paling takut kalau itu adalah kanser mata. Menangis? Tak yah cakap la..

Beberapa hari selepas tu, kami jumpa Dr Suraiya. Alhamdulillah ianya bukan kanser mata. Mata hitam Khadeeja ada katarak. Kanta mata yg normal sepatutnya warna jernih. Tapi Khadeeja tidak. Warna keruh atau kelabu. 


Dr Suraiya refer case ni pada hospital selayang, Dr Azura. Optimax cuba dapatkan appointment dengan Dr Azura. Sepatutnya temujanji pada 9hb julai nanti. Tapi hari isnin lepas, aku dapat call dari Dr Azura. Katanya, rezeki anak aku. Ada slot kosong untuk pembedahan kanak-kanak pada 7hb julai. Aku masa tu, kosong. Rasa kosong. Tak tahu apa perasaan aku. Takut. Letak call. Aku terus nagis. Masa tu kat ofis. Terus peluk officemate aku. Sebab selama ni aku tahan jugak air mata dari menitis depan orang. Kali ni, memang tak tahan sgt lagi. Sebab aku rasa, khadeeja terlalu kecik untuk melalui semua tu. Baby 4 bulan kena operate buang katarak mata. 

Jumaat lepas, aku kena bawa Khadeeja ke Hospital Selayang. Doktor nak tengok dulu sebelum kena tahan ward utk operation. Dr Hafizah yang buat. Dr Azura ada operation di Prince Court. Alahai. Tak sampai hati tengok Khadeeja. Paling tak tahan bila mata dia kena scan. Menagis sekuat hati Khadeeja. Aduhhh..


Alhamdulillah. Check di Hospital Selayang, Khadeeja hanya ada katarak disebelah mata kanan sahaja. Tak ada tumor atau masalah saraf mata yg lain. Doktor decide untuk masukkan kanta baru nanti. Berapa power untuk kanta yg baru nanti akan diputuskan masa pembedahan nanti. Doktor kata, bila masalah katarak sahaja..selepas operation kebarangkalian untuk sihat dan dapat melihat normal adalah tinggi. Dan disebabkan Khadeeja masih kecik, pembedahan kena dibuat dengan segera. Sebab kalau tak buat, lama kelamaan mata akan buta. 😭

Selepas jumpa Dr Hafizah, kami kena bawa khadeeja jumpa doktor bius pulak. Doktor bius nak tgk khadeeja fit atau tidak untuk operation. Bagusnya MO ni,semangat yang dia bagi pada aku. Sebab aku cakap dgn dia, yg aku tak sanggup nak masuk OT. Tak sanggup nak tgk Khadeeja. 
Nanti masa operation, aku boleh masuk bilik OT utk temankan Khadeeja. Tapi bila pembedahan nak dibuat, aku kena duduk di recovery room. 

Kebanyakkan orang semua mcm terkejut kan sebab katarak selalunya menyerang org dewasa. Baby boleh diserang semasa dalam perut atau selepas dilahirkan. Antara punca ialah kelahiran pramatang dan jangkitan kuman semasa dalam kandungan seperti rubella, syphilis, toxoplasmosis dan herpes atau genetik. Ada family members yg pernah alami katarak pada usia baby.

Husband tak dapat balik secepat mungkin. Isnin nanti baru dapat balik. Maknanya, untuk hal pendaftaran hospital nanti memang aku kena buat sendiri. 
Aku mohon semua, doakan yang baik2. Doakan semoga pembedahan berjalan lancar & Khadeeja dapat melihat seperti kanak-kanak normal yang lain. 

Aku minta maaf ok kalau selama aku update status di fb atau ig aku pasal Khadeeja, mana yg wassap aku, pm aku.. aku tak sempat nak reply semua pertanyaan. Aku try jawab semua pertanyaan korang kat sini.

Buat semua parents, alert la dengan setiap tingkah laku atau apa jua yg ada pada anak-anak. Sebab kita mungkin fikir  ia adalah perkara normal atau kecik. Bersyukur lah sekiranya anak-anak kita nakal, atau terlalu aktif. Itu adalah tanda dia sihat. 

Duit mungkin boleh dicari. Tapi, anak-anak dan keluarga tiada galang gantinya. 


2 Meninggalkan Jejak:

I-nie said...

Sabar ye Sufiana. Allah SWT tahu yg terbaik utk setiap hambanya.

Zana Adieyza said...

semoga lepas operation nanti, semuanya akan kembali normal.. insyaAllah... zana doakan yg terbaik :)