CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Monday, July 6, 2015

Speedy Recovery ya

Assalamualaikum..

7hb Julai 2015.
Selesai sudah operation buang cataract pada mata kanan Khadeeja. Sebelum operation, dia kena berpuasa. Puasa susu la kan sebab Khadeeja baru 4 bulan. Last kena minum susu jam 4 pagi. Dari kul 4-6 pagi tu boleh bagi air masak je. Tapiiii... Mana laaa dia nak air masak kan?

So Khadeeja nagis nak susu dari kul 4 lebih sampai laaa masuk dlm OT. Even aku dah nyusukan dia dlm kul 3 lebih tu. Dia mana faham. Dia tau dia nak susu dan ngopek dengan aku. 
Kita cakap camna pun, memang dia tak akan faham selagi apa yg dia hajat tak dapat.


Aduhh memang sedih la bila tgk dia nagis menjerit2. Siapa yang tahu dia nagis camne.. Boleh bayangkan.

Kul 6 pagi nurse datang utk titikkan ubat utk besarkan mata hitam dia. Memang mencabar la. Tambahan lagi kudrat menepis dia kuat sangat. 

Dalam kul 7 dah siap-siap utk ke OT. Masa ni masih titikkan lagi ubat besarkan anak mata hitam tu. 


Setelah dibincang, aku yang masuk ke dalam OT. Mungkin nampak mcm ready padahal hati ni lemah longlai sebenarnya. Terpaksa kuat utk Khadeeja. Kalau aku lembik, mcm mana dengan Khadeeja kan?
So..have to lah!

7.30 pagi aku dan Khadeeja dah masuk ruang OT. Tunggu doctor kul 8 nanti. Khadeeja masa ni masih menangis lagi. Serba tak kena. Sejuk pun iya. 

Sebelum operation memang ada bacaan doa. Dalam kul 8 doctor bius datang. Bawak aku & Khadeeja masuk ke OT. Masa ni Khadeeja akan hidu gas supaya dia tido. Aku cium dan pesan pada dia yang aku sayang dia sangat-sangat dan tunggu dia. 
Dan doctor akan masukkan gas oksigen melalui tiub yang dimasukkan melalui mulut. Aku masa ni dah kena keluar dah. Menunggu di recovery bay.

Masa menunggu ni la dugaan paling kuat. Macam-macam dalam fikiran. Anak tak ada depan mata. Terdengar-dengar suara Khadeeja menangis. Terima kasih sangat pada mereka-mereka yang tak putus-putus bagi semangat dan kiriman doa. You know who you are. Terima kasih sangat-sangat. Allah jua lah yang mampu membalasnya. Maaf mana yg aku tak sempat nak reply wassap or pertanyaan. Maaf sangat-sangat. 

Dah satu jam berlalu.
Masih tiada berita.

Dua jam berlalu. 
Masih sama.

Hati masih berdebar.
Apa cerita anak aku. Selamat ke dia. 

Kul 11 pagi Dr Azura datang. Sampaikan khabar pembedahan selamat dan Khadeeja dalam keadaan baik.
Syukur alhamdulillah.


Alhamdulillah mata kiri memang baik dan tiada cataract. Saraf mata kedua-dua mata ok. Tiada tumor. Cuma, tak dapat nak masukkan kanta baru pada mata dia.  Sebab power dia tiada dalam pasaran di Malaysia. Buat masa ni, Doctor sarankan pakai contact lens sehingga umur 2 tahun. Kalau tidak, ada kemungkinan Khadeeja akan mengalami rabun dekat yg teruk dan operation buang cataract akan sia-sia.


Usaha 50% dari doctor dah dibuat sepenuhnya. Sekarang ni balance lagi 50% datangnya dari aku. Aku kena jaga Khadeeja betul-betul. Ubat kena titikkan setiap 1 jam. Doctor sarankan pakai contact lens, aku kena ikut. Follow up yg rapi kena ikut.


Puncanya?
Doctor kata setelah dia check, memang tiada sebab untuk dia kena cataract. Mungkin Allah nak duga kami ibu bapanya. 
Redha atas ujian Allah, besar ganjarannya kan?


Dalam kul 11 lebih baru Khalisya keluar. Aku dah dengar dah dia nagis. Terus berlari aku kat dia. Kering betul bibir dia. Ye laaa puasa dari kul 4 pagi. Kering sangat2. Dengan mata berbalut. Aduhhh runtuh jugak air mata ni depan nurse dan doctor. 
Aku dukung dan peluk dia. Bila mata dia dah buka, aku yang dia nampak.
Then doctor suruh breastfeed dia. Mula-mula dia mcm tak nak. Macam merajuk je. Aku titikkan sikit susu pada bibir dia..terus melekap. 

Dekat sejam jugak baru boleh discharge dari OT. 

Balik bilik, husband & maksu dah ada menunggu. Sambung breastfeed dia lagi. Minum la nak selagi mana mahu. 

Dia banyak tidur. Mungkin kesan ubat tu ada lagi. Bangun bila nak susu. 


Rindu ummi nak dengar suara awak Khadeeja yang kuat tu. Yang bising sangat mulut tu. Moga cepat sembuh ye syg. Allah sentiasa ada bersama kita. InsyaAllah..
 

Terima kasih pada yg datang ziarah Khadeeja. Bawak toys, baju raya Khadeeja & makanan utk berbuka. 

Hari ni 8hb July 2015 dah boleh discharge dah. Alhamdulillah..
 

1 Meninggalkan Jejak:

Anonymous said...

sufiana... tabah ya... aku sedih baca kisah khadeeja