CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Saturday, July 25, 2015

Aidilfitri 2015

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya semuaaa.
Maaf zahir dan batin ye.

Mesti dah banyak jemputan open house kan?
Weekend gantung periuk le gamaknye hehe

Alhamdulillah raya tahun ni husband masih ada peluang raya sama. Tapi kalau dia kena raya kat laut, aku ok je la. Tak yah nak sentap sangat. Bukan dia tak balik raya langsung kan? Lagipun keje utk kita jugak. So amalkan je konsep pasrah dan redha di pagi raya tanpa suami tersayang. Hehe
Pernah jugak dia raya kat laut. Sedih masa dengar takbir raya la. Dia dah call pagi raya tu lepas tu dh ok dahhh hehe

Ok cerita raya pulak la ye.
Plan asal tak balik kampung. Ye la Khadeeja kan baru lepas operate kan? Tapi bila fikir balik, kalau tak balik kesian suami & mak mertua la. Terpaksa la berkorban dan balik jugak dengan syarat sepanjang kat kampung, husband kena pantau anak dia 24 jam! Hehe

Tapi biasa laaaa.. Bapak kan? Kau bajet camne kan? Huhu

Hari khamis lepas balik kerja terus balik kampung. Raya kat kampung mama kat Bota Kiri dulu. Raya ke 2 baru balik kampung suami kat Sg Manik. Masa nak balik kampung alhamdulillah jalan ok. Tapiiii bila nak balik ke Senawang mak aihhh 7 jam perjalanan dari Sungkai. Boleh pulak kereta berhenti jem kat tengah highway tuuu. Pengsannnnnn! 


Ok ni je gambar sefamily yang semengah sikit. Jadi laaaa asal kan ada. Mak bapak dorang je hoverrr nengok camera.


Ewahh elok pulak di Khalisya ni senyum yeeeee.

Anak syurga Ummi, Khadeeja Sofea. Raya pertama petang tu dah g tesco mencari buaian. Hahahaha

Khalisya & kak chem. 

Kawan main, gaduh dan sewaktu dengannya.

Budak 2 org ni dengan Amnah. Anak sepupu aku.

Balik rumah mertua.

Anak bapak. 

Anak dara sangat dah ni si Khalisya nih.

Tembam nyeeee yang si kecik tuuuuu 


Masa beraya memang banyak soalan pasal Khadeeja. Masa kat Sg Manik la aku mencurah segala isi hati pada sepupu husband. Susah sangat sebenarnya utk terus positif. Bukan senang rupanya. Kat luaran memang orang akan nampak kita kental kuat. Tapi sebenarnya tak laaa kuat mana. Kecundang jugak sebenarnya. Tambah lagi bila tgk anak-anak sedara yg lain yg sebaya Khadeeja elok sempurna je..mula la hati ni gelisah. 
Allah tak akan uji kita diluar kemampuan kita, bukan?
Banyak berganda pahala bila kita redha dgn ujian Allah. 

Kadang-kadang bila rasa down, aku cuba ingatkan pada orang lain yg lebih susah dari aku. Mungkin Khadeeja kurang disini, tapi mungkin dia ada kelebihan yg org lain tak ada. 

Itu lah istimewanya Khadeeja Sofea.

Sebab dia banyak mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang lebih bersyukur. Mengajar aku menjadi seorang ibu yang lebih baik. 

Selagi ada daya & kudrat, selagi itu lah ummi akan pastikan Khadeeja mampu melihat seperti orang lain. Khadeeja tak akan nampak kekurangan pada diri itu sebagai satu masalah.
Ini janji ummi pada awak, Khadeeja. 

2 Meninggalkan Jejak:

Laila ramli said...

Salam..saya sampai ke blog ni atas carian cataract utk baby..macamana keadaan anak sekarang.anak saya akan menjalani pembedahan 1/9 nanti.risaunya hati ni..boleh kita berkongsi tips2 utk jaga anak selps operation nanti.terima kasih

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)