CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Saturday, March 7, 2015

Welcome my lil princess

Hye korunk 😄
Alhamdulillah aku dah selamat bersalin anak no 2. MasyaAllah masih tak percaya lagi anak dah ada 2 orang! 
Kali ni dapat deliver Adik secara normal. Khalisya dulu emergency czer sebab tali pusat terbelit. Merasa jugak la aku bersalin normal. Sakit tok sah cakap laaaa.. Huhuh

Aku start sakit pagi 27hb Feb. Dalam kul 4 pagi dah rasa sakit perut. Masih buat rileks. Lepas suami habis sembahyang jumaat baru p hospital. 

Sampai hospital, doctor buat VE. Dah bukak 3cm. Terus masuk labour room. Dan bermula la drama swasta aku. Hahaha

Tq to husband sebab ada sepanjang aku tengah menahan sakit contraction. Memang aku pegang tangan dia tak lepas. Baju dia abih aku rentap! Hahah. Masa dia p solat, tangan nurse pun jadi laa. Paling best, ayat aku kat nurse, "mana husband akak,dik?"

Sekali husband masuk, dia buat lawak! Aku tengah menahan sakit, buat lawak apa pun kau tak akan gelak punya. Rasa nak lempang ada laaaa. Hahaha. Sudahnya nurse tu yang berdekeh-dekeh gelak! Katanya konon nak hilangkan suasana yang tegang gituuuu. Aku tengah sakit kot wei! Tak beragak bapak dorang ni. Errrrr! 

Disebabkan mak dorang ni tak pandai nak meneran, doktor terpaksa keluarkan Adik menggunakan forceps. Lagipun, dulu aku czer dan jarak pun agak dekat. So doctor takut luka czer dulu terbuka balik kalau meneran lama sgt. So dalam setengah jam tak dapat meneran, doctor terpaksa guna forceps.

Sakit wei bila bersalin guna forceps nih. Adoiii seriau masih ada lagik. Heheh

Betul la orang cakap..bersalin normal ni sakitnya masa in labour tu la. Kalau czer dulu masa dalam pantang jenuh nak menjaga. 

Big thanks to Dr Alinawati & team dari hospital salam. Best sangat doctor ni. Semangat dia bagi masa kat dalam labour room best sesangat! 

Adik sekarang dah seminggu usianya. Alhamdulillah. Disebabkan lahir menggunakan forceps dan size Adik kecik je dalam 2.58kg, tangan kiri Adik ada masalah sikit. Dia tak boleh angkat. Menurut doctor, disebabkan kepala Adik terlalu kecik, forceps tu terkena urat sarat adik kat leher. So ada 2 urat saraf Adik yang terkena. Memang refer pada Doctor Pakar Ortho. Pakar Ortho kata, buat masa ni tak boleh buat apa lagik. Just keep on exercise tangan kiri dia. Fisio pun ada dtg ajar kami sebelum discharge. Alhamdulillah, doktor Zaqrul pun bgtau tangan kiri Adik memang dah beransur baik jika nak dibandingkan dengan masa dia lahir hari tu. Memang Adik dah boleh angkat sendiri tangan kiri dia dah. Nanti after 3 months kena refer balik pada pakar Ortho. Harap tak ada apa masalah. Mudah-mudahan.

Khadeeja Sofea Binti Muhamad Firdaus nama diberi. Semoga Adik menjadi anak yang solehah.
Adik lahir pada 27 Feb 2015 jam 10.40mlm. 

Fresh from oven! Huahahaha. Nampak tak sanggul Adik tu? Sebab pakai forceps le. 

Parut kat muka tu pun kesan dari forceps. Tapi sekarang dah hilang dah. Sanggul pun dah hilang. Heheh
Sayang benau si kakak ni kat adik dia. 

Kali ni mintak makcik aku, ambong tahnikkan Adik. 

Sebelum discharge. 

Nak jugak mak dia enterpremmm! Masa ni Adik kena cucuk amik darah sebab kuning. Adik warded satu hari kat hospital salam. 

Memang nampak Khalisya ni sayang kat Adik dia la. Sebelum Adik lahir risau jugak kot dia merajuk ke apa ke kan. Tapi alhamdulillah nampak dia sayang sgt kat Adik dia. Tak de la dia buat tak reti. Heheh

Masa ni nak hantar Adik warded sebab kuning. Aku tak check in sekali. Sebab khalisya demam pulak. Masa khalisya dulu aku duduk hospital sekali. Stress gile bila dalam pantang kena duduk hospital. Aku pam je susu banyak2. Setiap 2 jam pam susu. Pukul 12 tengah malam pun husband p hospita hantar susu kat Adik. Alhamdulillah dari bacaan 300 esoknye turun ke 193 dan boleh discharge dah. 
Tadi g check lagi kat klinik kesihatan. Makin turun. Bacaan 174. Doctor suruh banyak2 bagi susu ibu. 

Nampak sayang sangat kan? Hahaha tapi kena perhatikan jugak la kan. Kang naya je. Heheh

Anugerah yang tidak terhingga nilainya. 

Pengalaman anak dah 2 ni, hari pertama Adik lahir mak dorang dah bersilat dah. Hahah. Tak pe pelan-pelan kayuh le. 

Tak nak serabut fikir pasal kerja kat ofis tu. Hari-hari ada je yang hantar report kat aku. Aduhh. Pedulik laaaa. Jaga anak-anak lagi terasa nikmat!

Errr..sampai ke hari ni aku masih pelik camna cik ta boleh maintain cantik lepas bersalin? Dia tak berpeluh ke menahan sakit? Arghhhh aku tak dapat buat cenggitu. Berpeluh-peluh menahan sakit kot! 

Thursday, February 26, 2015

InsyaAllah kita jumpa nanti ye,adik!

Hye korunk 😄
Masih sempat update belog! Hehe
Ok. Sekarang dah 37 weeks.
Lately kerap sangat rasa sakit kat perut. 
Cuma sehari dua ni discharge pun banyak jugak yang keluar.

Sepatutnya sabtu ni appointment dengan gynea, Dr Alina. Tapi since kerap jugak rasa mild contraction tu yang gagah jugak jumpa dia.
Air ketuban, heartbeat baby semua ok. Adik kecik sikit dari kakak dia dulu. Berat baru 2.6kg. Tak pe biar besar kat luar ye,syg.

Dr buat VE jugak tadi. Dah bukak 2cm. Tapi Dr kata dinding rahim masih tebal. Maybe dalam 2,3 hari lagik la. Harap adik lahir bulan March la. Hehe 
So kami balik rumah dulu. Rileks2 kan diri. Siap2 apa yang patut untuk nyambut orang baru.

Makan selagi boleh makan. Hahah
Hari ni request kat mama nak makan gulai kuning (gulai lomak cili api)! Nanti kang dah beranak tak boleh makan. Hihihi

Sebenarnya nervous dalam hati ni Allah je yang tahu. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan untuk melahirkan adik.


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.



Wednesday, February 11, 2015

Holiday ke JB

Hye korunk 😄
Ok entry kali ni memang nak update pasal holiday ke JB last week.
Memang setiap tahun, dapat bonus akan belanja mama abah makan-makan atau tanya apa barang nak dorang berhajat nak beli. 
Cuma tahun ni tanya dulu dorang nak apa.
Nak makan-makan atau g holiday. 
Mula-mula mama kata, nak tiket kapal terobang ke Dubai. Mak datukkk pengsan dengar! Hahaha

So kami decide bawak mama abah ke JB. Tido hotel. Makan best. Bagi rileks sikit mama abah. Penat tolong jaga khalisya yang makin kreatif dan inovatif ni heheh.

Puas jugak carik service apartment kat JB. Tau nye ada 2 je (tak sure la kot ada yg lain kan). Masa survey jumpa KSL Hotel & M-Suite. M-Suite bila baca review adoii seram pulak baca. Hahah. Tapi kawan penah cite..tak de apa2 pun. Ok jeee kat situ.
Tapi tak nak amik risiko. Sebab pernah alami masa konvo kat UUM dulu. Hehe

Jadinya aku book la KSL Hotel. Tapi amik service apartment 3 bedroom. Puas hati la jugak. Besar. Jenuh la khalisy berlari sana sini. Merempit le dia. 😄

Yang penting, mama abah puas hati. Kira ok la kan. Sebab tujuan utama memang utk menghappykan dorang.

Pandangan dari balkoni kami. Memang rasa cam nak terjun dari balkoni je hahah

Ewah ini budak. Teruja la tuuuu 😂😂😂

Sampai je JB dah tengah hari. So pekena dulu makanan org JB sebelum check in. Bawak mama abah angah ke Restoran ZZ Sup Tulang. 

Wahh mee rebus gear box. Phewww memang sodap wei 😄

Abah begitu kusyuk menghirup straw gear box. Heheh

Nampak tak muka dorang betapa excitednye menikmati makanan? Hahah. Jemput-jemput. Sila-sila makan. 😄

Budak ni makan nasi ayam. Kat sini nasi ayam dia pun sodappp. Hampir nak abih nasi sepinggan khalisya makan. 

Petang tu kami ke Danga Bay. Mama bajet nak tgk matahari terbenam. Konon nak romantika dengan abah. Apaaa Danga Bay under construction. Dah macam padang pasir nengok nye. 

 Maybe 2,3 tahun lagi cantik la kot. Dok tambak sana sini.

Opah & cucu yang sangat kreatif dan inovatif. 
Babymoon sebelum adik lahir dan sebelum kami memang tak de masa nak berdua-dua meleset dibawah pancaran bulan. Wakakakakaka 

Bakal jadi kak chor. Tolong ummi jaga adik ye nanti.

Malam nye tu kami dinner seafood kat senibong. Kedai anjung apa ntah nama dia. Sebelah dengan 6 corner. Hari tu masa g dengan husband kami makan kat 6 corner tu. Tak de la sedap mana. Tapi kali ni kami ke anjung ni. Fullamakkk serius sedap ok! Mama bukan jenis org yg senang nak puji makanan kat luar tu sedap. Tapi kali ni mmg dia puji. So mmg confirm sodap la tu kannn..heheh

Hopefully dorang happy dengan holiday kali ni la. Memang niat nak hiburkan hati mereka ni. Sebab tau penat sebenarnye nak jaga Khalisya. Tq ok semuaaa. * hug sikitttt. Heheh

Budak yg tak sabar nak makannnn. 

Untuk breakfast kami bawa mama abah makan kacang pool kat bomba larkin. Review? Tak yah cakap la. Sebab mmg confirm2 sedapppp! 

Lepas balik bawak khalisya main ayor kat dinasour waterpark. Mak aihh sejuk gile ok air dia. Dengan angin kuat gileee. Kejap je khalisya mandi. Selebihnya papa dia lepas gian.


Dinasour nye bergerak & berbunyi. 

Papa khalisya je sanggup berenang menghadap dinasour tuuu. Hahahah 

Penyudahnye mandi kat bath tub bilik jeeee. Hahahaha

Lepas check out tu kami ke rumah kawan husband & sepupu mama. Makan sesajaaa.

Sebelum balik sempat le singgah JPO. Mama berhajat nak mencarik handbag. Khelasss cik mun. 

So harapnye semua org berpuas hati dengan percutian kali ni ye. Ada rezeki lebih nanti lain masa kite p tempat lain pulak. 

Sunday, February 1, 2015

Hashtag: Orang lain beranak sepuluh rileks jeee.

Hye korunk 😄
Hari ni adalah hari pertama didalam bulan kedua ditahun 2015.
Cepat je kan masa tu berlalu.
Bulan depan insyaAllah adik khalisya akan lahir.
Huhhh..kali ni berdebar lain macam.
Mungkin sebab aku dah tau sakit nak bersalin tu macam mana.
Mungkin jugak aku risau sebab dulu khalisya lahir secara czer.
Aku sendiri confius untuk adik ni nak lahir secara normal atau czer.
Kalau ikutkan memang nak lahir normal. Tapi takutnya tu Allah je la yang tahu.

Masa khalisya, kena emergency czer. Bukaan stuck kat 5cm. Contraction tinggi tapi heartbeat baby slow gile. Doc takut baby lemas. Rupanya tali pusat khalisya terbelit. Panjang nau tali pusat kau khalisya.

Dah la sakit contraction ko kena tahan. Kena lak operate lepas tu. MasyaAllah dugaan sungguh.
Bila ingat balik, seriau pun ada!
Ok tak pe.
Rileks luuu.
Kita serah semuanya pada Yang Satu.


Errrr... Camne nanti bila adik nagis & dalam masa yang sama si kakak pun nagis jugakkk? Hahah macam dah dapat bayangan dah camne haru nye nanti. 

Kita tunggu & lihat je nanti macam mana yee 😉

Sunday, January 25, 2015

Welcome 2015

Hi korunk 😄
Assalamualaikum!

Aihh tak tau la nak karang apa.
Dah lama sangat sangat tak update belog kan.

Ohh yaaa..
Masih sempat lagi kan nak wish, "Happy New Year!" 😊
Welcome 2015.

InsyaAllah tahun ni akan ada pertambahan ahli keluarga baruuuu 😉
Soon on March insyaAllah Khalisya akan jadi "kak chor". 
Wiwiwi

Pregnant kali ni berdebar dari mula mengandung lagik. Mungkin sebab tak terjangka akan terrrlekat. Czer pulak masa nak lahirkan Khalisya dulu. Macam2 pikior!
Nervous sangat.

Sekarang ni dah 32 weeks. Berat kali ni tak naik banyak mcm masa Khalisya dulu. 
Adik setakat ni alhamdulillah ok.
Cuma, si Kakak Khalisya ni je laaaa extra ngada-ngada. Biasa la kot orang nak beradik dah kan? 

Tidur pun nak melekat dengan mak dia hahah 
Kesian papa dia. Terasing gituuu 😂😂😂

Khalisya setahun 6 bulan. Cepat je kan masa tu berlalu. Rasa macam baru semalam je beranak kan dia. Heheh tengok2 eh dah nak beranak anak no 2 lak! 😛

Macam-macam dah kepandaian dia ni. Sekarang ni kalau nak minta tolong dah boleh la nak diharapkan. Nak jadi kakak kot kan? 
Cuma, suka sangat dok baling barang-barang. Suka melawa (perasan cantik sebenarnyeee 😄). Suka menyakat orang. Suka menjerit. Suka main. La ni dah ada geng dah kat rumah mama ni. Petang2 je ajak keluar nak main dengan kakak-kakak dia. Kemain tauu budak ni. Bateri full sesaja. Aktif bebenor. Tak penah duduk rileks rehat2 kan badan ke.. Hehe 


Adik dah lahir nanti tak tahu la dia camne nanti. Risau dia merajuk dengan mak dia jeee..oooo sebak ooo kalau dok fikirkan. Huhu


InsyaAllah tahun ni jugak kami akan duduk rumah baru. Kunci dah dapat dah penghujung last year lagi.Penat betui dok survey quotation sana sini. Alih-alih aku jugak yang fening. Survey punya survey tengok2 satu apa pun tak buat lagik. Survey punya laaa beriya. Hahah
Nanti aku update pasal rumah ye. Errr tapi tak janji bila laaa. 😛

Hopefully everything yang kami plan for 2015 ni berjalan lancar la. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Ameen Ya Rabb. 

Sunday, May 4, 2014

Hippopo Baby Spa & Wellness

Hye korunk 😊
Pagi semalam sebelum husband ke Terengganu, kiteorg bawak Khalisya ke sini. Sepatutnya dah book masa 1st May hari tu. Tapi cancel last minute. 
Ohh lupa. 
Yang kami pergi ni branch baru dia. Kat Great Eastern Mall. Kalau kat sini ada promo tau sbb baru launch kan..kalau dtg on weekedays dpt harga murah (kalau tak silap rm68 kot).

Masa baru sampai tu.. Khalisya nampak excited. Staff kat situ dukung pun tak nages. Ok jeeee.


Kiteorg tak amik lagi pakej. Just amik 1 seisi je dulu. Swimming 30 minute & massage 30 minute. 

Ini kolam hak yang besar sket utk baby dari 6m sampai 3 tahun. 

Khalisya orang yg pertama. Masa ni tak de org lain lagi. Time ni dia dah excited dahh 😄

Mula2 ok lepaih tuuuu...nagesssss!! Hehehe

Aiyoooo jangan le nages sayang. Ummi bayo mahal tau ni hehehe
Haaaa dah ok dahh! Dah tak de nages dahh 😄

Mulut pun dah bersuara. Dah sengih2..kira dah ok laaa tuu 😛

Tegak jeee kaki! 😄

Kaki awat gitu cik kak? Hahaha

Wiwiwiwiw.. Saya dah excited! Sorry la kak enjin lambat panasssss 😃

Keje dia dok le ngutip segala mak nenek yg ada dlm kolam. Yang best ada octopus dikutipnye lepaih tu masuk dlm mulut. Heheh

Lepas mandi kite berurut pulak 😄
Best lakkk aiiii! 

Buat pengetahuan semua, part nak pakaikan dia baju memang payah sket! Mmg kena berperang duluuu..

Selesai je seisi, husband terus amik pakej dan jadi members. So ada 10 seisi lagi lepas ni. 
Anak baru sorang gaya gini leee. Nanti dah berderet askar lain pulak cara nyaaa hahaha

Tido lenaaaa. Penat sgt gaya nye tuu hihihi

Ohh lupa nak kabo. 
2nd May kelmarin birthday si tuan rumah belog ni 😄 
Tq buat yang wish, hadiah (husband yang bagiiii...tqqq), suprise kek & belanja makannn ( kawan2 ofis). 




Ok le. Nanti sambung lagi tau.