CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Monday, November 21, 2011

go Malaysia go !


Apakah menjadi kesalahan skuad kebangsaan bawah 23 tahun seandainya mereka cemerlang di padang bola?

Wahai teman-teman Indonesiaku, apakah salah kami? Di mana semangat kesukanan kalian?

Malam ini, satu lagi perlawanan penting yang akan sekali lagi menyaksikan pasukan Malaysia bakal berdepan dengan Indonesia.

Kedua-dua pasukan akan berentap untuk memburu pingat emas bagi acara yang sentiasa menjadi tumpuan segenap pencinta sukan.

Kami rakyat Malaysia akan sentiasa bersedia menerima apa sahaja keputusan perlawanan itu.

Yang pasti Harimau Muda tidak akan gentar dengan keegoan Garuda Muda.

Doa rakyat Malaysia juga pastinya akan mengiringi wira-wira kami untuk berhadapan dengan provokasi melampau dan kebiadapan penonton tempatan.

Benar, anda mempunyai hak untuk memberi sokongan kepada pasukan anda. Kalau rakyat Malaysia berada di tempat anda sekalipun, mereka akan pasti melakukan hal yang serupa.

Namun, terlupakah anda bahawa stadium kebanggaan anda itu menerima kehadiran tetamu dari negara luar.

Kalau sekalipun terlalu menyampah dengan kami, sekurang-kurangnya berilah rasa hormat kepada tetamu..

**kredit to Harimau Malaya



0 Meninggalkan Jejak: