CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Tuesday, April 1, 2014

Dubai - Part I

Hye korunk 😊
Masih lagi tertanya berkaitan MH370. Masih belum jumpa penyelesaian. 
Hopefully dipermudahkan segalanya.
Be strong Malaysia!

Oke. Lupa jap misterinya MH370.
Last month Cik Khalisya bawa rombongan nya ke United Arab Emirates.
Abih satu rombongan Cik Khalisya bawa ke sana. Hahah

Sebelum tu. Kami idak le kaya raya cam Nora Danish yg g Dubai bapak mertua sponsor. Eh? 
Hahahaha

Nasib baik nye sebab akak aku ada duduk sana. So senang le sikit. Kos banyak le boleh jimat gitu laa..heheh

Ni 1st time Khalisya ke luar negara. Emak dia pun sama! Hahaha tapi kira Khalisya lagi hebat sebab umur 8 bulan dah keluar jejalan oversea uolsss!! Hehehe

Kami ke sana naik Oman Airlines. Transit kejap kat Muscat Airport. Alhamdulillah Khalisya dlm flight sangat le baik. Maknanye tuu boleh laa ummi bawak jejalan lagi..ye dak?? Heheh
Mula2 risau sgt..tkt dia meragam ke. Tp sepanjang dlm flight dan di Dubai dia tersangat lah ok. Happy manjang! 😄

Al Khail Road. Kat sini la rumah mak yong. Ni pagi2 beriadah kat luar rumah. Cuaca sejuk masa kami ke sana. Tu yang Khalisya lagi suka tuu. 



Tengokkk.. Kemain dia happy kan? Hehehe

Khalisya dengan Kak Chem. 

Hari ke 2.  
Dubai Tour. 


 Ni diaa rombongan Cik Khalisya hahaha 😃

 Serius.. Sangat cool rasanya bila bermonopod! Hehehe
Mak pak Khalisya feeling loved sangat rasanya tu. Kuikuikui 😜


Ni dekat Jumeirah.



 3 beranak. Moga lepaih ni beranak pinak la hendaknya. Hahaha
Tolong amin kan yeeeee 😛


Bestnya kalau g negara arab ni pokok tamar ada dimana2 sahaja. 

 Ni kat Jumeirah Public Beach. Ada yg private beach. Nanti aku buat ye entry pasal tu. Tungguuuu...


 Khalisya tido masa ni. Rugi aihhh tak dpt nengok omputeh bolen hahahah

Jantung hati ummi 😘😘😘



Abah dan menantu. Suka sangat gambar nih! 😃

Ermmm makcik sgt over tau! Kak chem ala2 pasrahh gituuu.



Kat sini kawasan org kaya. Shah rukh khan kot ada rumah kat sini. Kalau tak silap laaa hehehe


Ni kira mcm padang kota kat penang laa. Hahahaha

Mcm padang kota..gurney penang gitu. Konfius jap. Penang ke dubai ni. 😜

Sepupu. 
Adik beradik.





 Ummi love you syg!
InsyaAllah ada rezeki lebih sket next year kita g tmpt lain pulak! Nanti Khalisya bodek papa tau. 
Nanti dah besar tgk gambar balik.. Tlg jgn suruh ummi repeat g dubai balik ye. Heheh

I'm happy, ummi!

Happy la dpt tgk tmpt orang kan. Tgk adat org. Kat Dubai ramai org luar. Padang pasir bnyk dh ditambak utk buat bangunan tinggi2. 
Memang negara moden la. Tp kdg2 rasa mcm kat KL je sbb tgk bangunan mencanak tinggi. Bangunan tinggi tu mcm2 bentuk ada. 

Nanti kita sambung lagi ye. Dah nak sampai office dah ni. Husband drive sebelah kita dok sibuk update belog. 
Hehehe

Jumpa lagi nanti ye. 

Wednesday, March 26, 2014

Remembering MH370

Hye korunk.

Sedih. 
Pilu.
Sebak.

Semoga keluarga penumpang dan anak kapal MH370 tabah dan redha dalam ujian Allah.

 
Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik musibah ini. 
Mati itu sudah pasti.
Persoalannya bagaimana pengakhiran kita nanti.
Wallahualam.

Remembering MH370.
Stay strong Malaysia!
Al-fatihah.

Saturday, March 22, 2014

Khalisya Ameera

Hye korunk!
Allahuakhbar. Lama sungguh tak update wei. Tak ada masa pun iya. Malas pun iya jugak! Heheh

Ok. Untuk yang tak tahu tuan empunya belog ni udah punyai anak dara. Heheh

Alhamdulillah anakanda diberi nama Khalisya Ameera (khalisya -suci/murni & ameera - puteri). Khalisya memang nama yang mak pak dia mmg pilih. Ameera tu pilihan opah. Khalisya lahir sehari sebelum bulan ramadhan. 9/7/2013. Ini memang tarikh edd. Genap 9 bulan 10 hari. 


Fresh from oven gituuu 😂
Saya dah botak! Hahah 😄
1st time khalisya jumpa kak chem 😘

Kena denggi masa usia 3 months. Tuhan je tahu perasaan ummi masa tu 😭😭😭

Alhamdulillah khalisya bebas dr denggi. 4 hari berkampung kat hospital. Tq Dr Zaqrul!
Masa tu jgn ditanya emosi ummi. Jiwa kacau ya amat! Setiap kali nurse nak amik darah..setiap kali tu la khalisya menangis minta tlg ummi. Tak kuat nak nengok. Tp tetap gagahkan diri jadi kuat demi khalisya. 

2 bulan lepas tu khalisya warded lagi. Demam biasa. Tp disebabkan ada history denggi..setiap kali demam ummi kena extra carefull. Masa warded kali ni ummi sorang2 handle. Papa keje masa tu. Majikalnya, ummi kuat! Kehulur kwhilir buat sorang diri. Dari tak tahu apa boleh jadi serba tahu. Semakin pandai handle emosi. Syabas ummi!!! 😂💪😂

Khalisya @ 5months 😘😘😘

Khalisya @ 6 months
Yang ni gambar2 khalisya masa bercuti ke dubai hari tuu. Nanti ummi upload cite tu ye heheh 😄

Khalisya dah 8 months dah sekarang. Masih meniarap dan mengensot kesana sini. Belum merangkak lagi. Tp kalau berdiri tu dah tegakkk dah kaki dia.
Cuma sekarang dah pandai ikut cakap kita dah. 😂
Boleh la kiranya kalau ummi nak start ajar alif ba ta kan..heheh

Khalisya, ummi tak akan sentiasa ada. Moga suatu hari nanti khalisya tak lupa kan ummi. Andai suatu hari nanti khalisya diberi pilihan antara 2 jalan..pilihlah jalan yang sarat berduri. Sebab disitulah khalisya akan belajar banyak perkara. Tentang kehidupan Allah,alam dan segala hal duniawi. Disitulah khalisya akan lebih kenal siapa diri khalisya sebenarnya. 
Ummi sentiasa doakan khalisya berjaya didunia akhirat. Doa ummi sentiasa. 

Sekarang belog ni memang special dedicated to my lil daughter. 😂

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013

Hye korunk :)
Sekian kalinya.
Baru update!

Selamat tahun baru untuk semua.
Umur semakin btambah.
Tahun ni umur akan bganjak ke 28 thn.
Haihhh la umur.
Seperti tidak percaya!
Rasa mcm baru masuk 16 tahun uolsss.. ahakss

Selamat tinggal 2012.
Selamat datang 2013.
Excited sedikit.
Tak sabar utk melalui nya.
Walaupun sedar..akan ada bnyk dugaan dan cabaran yg bakal dilalui.
Tapi,ayat klise..
Hidup tanpa cabaran dan dugaan..apa la sgt kan!
Moga tahun ni lebih tabah utk menjalani status isteri yang berjauhan dgn suami.
Bukan senang. Tp harus lalui nya dgn penuh kesabaran.

Insya Allah ada rezeki lebih besar menanti kami tahun ni.
Doanya,moga dipermudahkan segala urusan.
Moga tmakbul lah doa kami. Ameen.

Career?
Ohh harapnya bonus nnt menimbun lah seperti mana menimbun nye keje!
Heheh..
Cabaran yg boleh tahan pd tahun 2013.
Volume keje yg sgt bnyk!
Moga aku x de selalu sakit kepala dan menjadi kesayangan bos bukan kebencian dia!! Huahaha

2013 ni pasti la kita mahukan yg lebih baik dr sebelum kan..
Harapannya..
Moga aku dpt menjadi ummat yg lebih baik dr pandangan sisi agamaku.
Moga aku dpt menjadi isteri yg lebih baik dr pandangan suamiku.
Moga aku dpt menjadi ibu yg lebih baik dr pandangan anak2ku.
Moga aku dpt menjadi anak yang lebih baik dr pandangan mama abah dan mertuaku.
Moga aku dpt menjadi pekerja yang lebih baik dr pandangan majikanku.
Dan,
Moga aku dpt menjadi insan yang lebih baik dr pandangan org2 sekelilingku.

Selamat Tahun Baru.


posted from Bloggeroid