CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Sunday, July 10, 2011

pabila saka sudah datang..

Hye korunk :)
weekend nih mak terlebih rajin !
mungkin saka rajin masak sudah termasuk dalam badan..
hahahhaa

eh eh eh korang..
saka tuh mak main-main aje ye..
kang ada lak yang terfikir yang mak memang ada bela saka lak !
mana nak tahu kan..
hihihi

seumur hidup mak...
ini adalah rendang yang pertama !
nasib menjadi tau...
punya la study recipe nih bagai..
hahahaha

hubby kata...
raya nanti boleh la buat rendang nak jamu pada orang !
hahahahaa
alahai...nih buat separuh aje ayam nye...
kalau sekor ayam..
x tau le camne !
hehehe

Ayam Masak Padang @ Rendang Ayam
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 6 tangkai cili merah (dibuang biji)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.
  4. Hidangkan.

alhamdulillah...
kami dua kenyang !
syukur la kan dengan apa yang ada..

sok mak nak sambung puasa ganti yang terbengkalai dek kerana "bendara merah naik"..
hahahaha
ohhh tidak!
ada 6 hari lagi wei..
padan la muka kan..
siapa suruh x nak ganti awal-awal !

0 Meninggalkan Jejak: