CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Tuesday, April 28, 2015

Selesai sudah 60 hari

Hye korunk 😄
Sekejap je dah 60 hari berlalu. Maternity leave pun dah berakhir. Tapi aku masih cuti seminggu. 

Errrr rasa bercintaaa sungguh nak mula balik kerja. Nak menghadap semua yang ada kat ofis. Makk aihhh serius. Tak de langsung semangat. Kosong. 

Nanti aku terpaksa hantar Khadeeja ke rumah pengasuh. Aihhh lagi satu mainan emosi!

Mungkin orang kata..

"Alaaa hantar kejap je.. Pagi hantar petang amik laaa balik"

Hakikatnyaaaa.... Nak memikirkan keadaan Khadeeja dijaga oleh orang yang kite tak kenal. Tambah lagi Khadeeja ni jenis kalu menangis mmg stok jenis suka meneran kuat2. Paling risau, Khadeeja ni kerap tersedak susu. Aduhhh yg ni mmg aku cukup risau 😭

Aku dah call makcik pengasuh tuh dan dia setuju nak jaga. Aku belum lagi g rumah dia utk bincang. Mungkin petang nih. Harap sgt makcik tu dpt jaga Khadeeja sampai kul 8 mlm huhu. Kalau tak mmg aku kena carik orang lain 😪

Hi! I am 2 months old! 

Doa ummi, moga Adik sentiasa didalam perlindungan Allah. Ummi hantar Adik ke sana bukan sebab tak sayang. Ummi terpaksa. Dah tak da cara lain dah. Habis dah usaha ummi. Ummi nak berhenti kerja ramai yang membangkang. Ummi pun sedih nak tinggalkan Adik kat sana. Semoga Adik lebih berdikari. Kita dua berkongsi jiwa yang sama kan? Susu ummi mengalir dalam jiwa Adik. Semoga Adik mempunyai jiwa dan semangat yang kental.
Ummi love you so much, syg. 


Errr..sejak jadi mak ni cenggeng aku semakin menjadi-jadi.
Pengsannnnnnn...

Wednesday, April 8, 2015

Our oilfield man

Hye korunk 😄
Tajuk je omputeh tapi details dalam bahasa kebangsaan. Kehkehkeh 

Setelah cuti hampir 2 bulan. 3 hari sebelum bersalin dia balik sampai la berpantang dah masuk hari ke 40. Dah mcm dia pulak maternity leave! 😅

Walauapa pun.. Terima kasih la banyak2 sebab sudi jaga kami bertiga ni ha. 
Errrr aku dah nak abih pantang dia naik keje pulak. Abih tu sapo nak bawa aku g makan2 celebrate "hari kebebasan" nih? 

Tuesday, April 7, 2015

Mengkome dua nih

Hye korunk 😄
Biar la gambar menceritakan segalanya! Hahah

Tapi aku tetap nak ceritakan segalanya kat mengkome semuaaa. Errrr 😅😅😅

Sejak dah beradik ni, Khalisya dah tak nak tidur dalam buaian. Sound mcm menarik je kan? Wahh kakak-kakak sangat! 

Tapi rupanya lagi haru tau. Sebab kalau nak tidur, nak menyusu mesti baring atas lengan mak dia! Hohoho

Kalau time tu mak dia nak berak ke kencing ke..harus tahan dulu! Even kalau Khadeeja menangis masa tu pun dia memang tak akan bagi aku bergerak amik adik dia! Dia tahan pakai kepala dia ok.. Jenuhhh..

Puas pujuk..tapi lama2 dia bagi la tengok adik dia..kena pujuk2..cium2 dulu. Kira mcm kena bayar tax dulu laaa kat dia huhu

Selalunya Khadeeja bf dengan aku. Si Khalisya akan baring kat peha aku. Memang dari start Khadeeja lahir aku belum pernah bf kan dia sambil aku baring2 manja terlelap ke.. Never ok! Aku kena duduk pangku si Khadeeja sebab Khalisya akan baring di peha aku sambil pegang tangan aku! Fuhhhh lengguh tok sah cakap aaaaa... Semut2 kaki ni.. Anak punya pasal uolssss.. Mak ala2 pasrah redha gituuu.. 😄

Phewwww.. Nanti mengkome dua dah besor, memang aku nak cerita semuaaaa nya. Nanti sok lusa aku dah tua harapnya mengkome dua dapat le pinjam sesaat dua peha mengkome untuk aku lunjurkn badan ye. 



Ok tertiba touching... 



Wednesday, April 1, 2015

Hey si rumah manis rumah

Hye korunk 😄
Waduh hari hidup aku penuh dengan hal GST. Nak buat macam mana kan, hadap je laaaa. Yang sokong pun kemain lagi kau. Getik aku membaca statement redha hangpa yang menyokong tu. Ok aku faham. Duit hangpa banyak kan? Hangpa semua kan arif dan bijaksana dalam menguruskan hal kewangan. 
Errrr.. Ok belog aku bukan belog politikus. Nak kondem org sana org sini. Bukan ok!
Kita tunggu dan lihat je la nanti macam mana keadaan yang akan berlaku lepas ni. Huhu

Arghhh ok stop cakap pasal GST! 

Update belog sebab nk update cerita pasal rumah manis rumah kami ni haa.. 

Good news, rumah dah siap. Tinggal tuan rumah & anak2 masuk melangkah kaki sajo. Errr.. Sebenarnye barang2 dalam rumah banyak tak ada lagik. Kami kan sehelai sepinggang. Sofa & kerusi makan je dah beli. Kerusi makan tadi org kedai dah anta. Sofa maybe hujung bulan ni or next month baru dapat. 

Untuk 2 benda alah tu je kami mcm nak gile p survey sana sini. Ada banyak jugak kedai buat promosi semperna GST last month. Errr nak implement GST pun org kedai boleh buat promosi kan? 

Untuk sofa kami beli kat Gucca Italy kat Seremban Town. Katil banyak discount. Tapi kami tak beli. Kami beli sofa je. Beli pun bukan yang leather. Hak sofa fabric biasaaaa je. Mana yang mampu je la uolsss. Hehe 
Bnyk yg cantik. Tp harga pun cantikkkk. Bila tengok harga mcm nak pengsan la. Hehe kami beli hak yang paling murah dlm kedai tuu. Sekali lagi kami ulang, mana yg iolss mampu je laa, uolsss! Hahah

Untuk meja makan beli kat mana ntah nama kedai dia. Lupo iolss. 

Sekali lagi, kami beli mana yg mampu dan dlm bajet je la uolsss 😄

Ok ni belanja sikit gambo apa yg dah ada kat rumah ye. 


Yg ni dapur iolss. Kononnye nnt iolss akan habiskan masa kat sini. Konon je laaaa..
Kenapa pilih warna hitam? Entah sebab masa tu serabut nak beranak so aku main taram je. Huhu
Mula2 mcm menyesal. Tp lama2 rasa cam ok laaa. Nnt kat tingkap dapur tu nk letak blind. 

Oiii husband dah warning, kalau tak rajin masak tak tau laaaa. Hehe

Excited sebenarnye nk masuk rumah ni. Tapi barang2 bnyk tak de lagik. Macam aku ckp dulu laa.. Kami bukan lahir anak org kaya yg mana mak bapak boleh sponsor itu ini. Semua korek sendiri wei. Gali..gali..gali mana yg boleh digali. Kami laki bini pun bukan banyak duit pun. Kami baru nk belajar hidup bak kata org. Tapi selagi ada kudrat mana yg mampu akan kami usahakan untuk 2 org puteri kami ni. Chewaahh gituuu. Harapnya nnt anak2 aku dah beso dorang baca belog ni mohon sangat dorang terharu.Heheh 

Langsir kami belum survey lagi. Hasil google katanya kat Nilai murah2 jugak. Tapi dah implement GST ni celah mana nye nak murah kan? Nasib kau la labuuuu...