CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Tuesday, February 21, 2012

Petikan Dari Myibrah : Doa



Hye korunk :)
mak nak share something yang mak dapat dari email..

PETIKAN DARI MYIBRAH : DOA

Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini :

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hanya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong :

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis : “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul !”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya. Semoga Allah redha dengan kita.





gambar-gambar nih diambil masa kami ke Sarawak awal tahun hari tuh..x sempat nak wat satu entry..tengok la sikit2 akan diupdate kan.. :D

Monday, February 20, 2012

kau dan aku


Hye korunk :)
Sabtu lepas kami ke Melaka..
ada kenduri kawan Hubby kat Alor Gajah..
lepas tuh kami pun jalan-jalan le sat kat sana..




niat asal nya memang nak bawa Mama & Chempaka..
tapi, Chempaka balik umah opah nye yang kat Sg Besi..
Mama lak tak larat nak jalan sangat..
nasib baik la mama x jadi ikut..
sebab aku sendiri pun agak "pancit" gak jalan-jalan nih !
hahahahaha



sebelum balik tuh kami singgah ke Asam Pedas Power Abg Pie kat jalan hang li po..
aduhai..1 jam ok kami menunggu..
kul 7pm order..kul 8.10pm baru dapat asam pedas nye..
padahal nya mak adalah orang kedua yang order..
aduhhaii memang menguji kesabaran..
nasib surau ada dekat situ..
boleh la Maghrib..
asam pedas nye sedap la..
kata original Melaka kan..
harus la sedap!
cuma,
makk aiihh..pedas melantun ok !
hubby makan sampai air hidung kuar bagai la...
kesian dia..
hehehe

ok uolsss...
nanti mak sambung lagi eh..
gigih kan sekarang mak mengupdate belog! :D



syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri..atleast i have something..hikmah disebalik kesedihan dulu..Allah adalah perancang yang terbaik..Dia Maha Mengetahui apa yang kite tidak pasti..doaku, semoga aku tidak tergolong didalam mereka yang hanya mengingatiMu diwaktu susah sahaja..jauhkanlah Ya Allah. aku bersyukur diatas pinjaman nikmat yang Kau berikan ini.

Sunday, February 19, 2012

Jujur Aku Dayus



Hye korunk :)
semalam tengok tak cerekarama "Jujur Aku Dayus"..
aduhai..mak memang suka dengan si Beto Kusyairy nih..
kalau lakonan dia memang memberi kesan betul..

memang dia x handsome dan macho macam si Aaron Aziz atau Adi Putra..
tapi, serius..
dia "sesuatu" sangat kan?!
hahahahaha

dalam telemovie nih pun lakonan Nora Danish pun makin best..
cuma,
Irma Hasmie?
memang salute pada dia..
sejak dia berhijrah untuk memakai hijab lagi tambah-tambah suka dgn dia..
dia berlakon pun masih menjaga apa-apa yang perlu dijaganya..

bagi siapa-siapa yang x nengok telemovie nih..
ce tengok kat link mak kat atas nih ye..
memang tersentuh sangat hati nih!


Sinopsis: Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.

Lakonan: Nora Danish, Beto, Zul Ariffin, Irma Hasmie








pagi tadi dalam kul 10 mak nengok cite Sesungguhnya kat Asteruk Prima..aishh dha banyak kali nengok..tapi, tiap kali nengok mesti nagis! kuikuikui :D

Wednesday, February 15, 2012

doa untuk sahabat

HADIS:
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"

Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali


Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN


kredit to FB Heliza Helmi



selalu orang tersalah sangka dengan penafsiran mak..maafkanlah..hanya insan kerdil yang sering kali membuat kekhilafan..

Tuesday, February 14, 2012

Homemade Pizza

Hye korang :)
2nd time mak buat pizza..
dulu buat uli dengan tangan..
mak aihhh...jenuh!
hehehe
tapi,
kali nih mak pakai bread maker..
haaa senang sket la kerja mak kan..
ok oven yang dulu tuh..
ada lagik..
mak bg kat mama..
ye la orang bg adiah kawen kan..
terima kasih la ye kawan-kawan yg bagi tuh..
bread maker mama mak rembat!
hahahaha
boleh gini...
alaaa anak sendiri kan..
harus la tak berkira..
hehehe
ok nih resepi nya..
Homemade Pizza
resepi asal: skyblue
mak amik dari my resepi yummiez
Bahan-bahan:
500 g tepung roti
12 g garam
8 g yeast
16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
250 ml air suam
Topping:
shredded pizza cheese secukupnya (or kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)
pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2.
tomato paste secukupnya
Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan.
2.Pilih setting dough and tekan 'ON'.
Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza..
uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.
3.Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap.
4.Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.
5.Bahagi dough kepada dua dan uli.
Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar.
Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.
6.Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar.
Sapu kan permukaan dgn tomato paste.
7.Letak kan topping pilihan.
8.Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.
Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.
Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato and etc.
ok..selamat mencuba uolsss!

Monday, February 13, 2012

kalau lah...

Hye korang :)
baru-baru nih mak dapat cerita yang 2 org kawan mak miscariage..
tp kandungan masih baru..dalam 6 minggu gitu..
simpati.
sedih.
begitulah perasaan mak..
mak cuba tlg apa yang mak tahu..
nasihat apa yg mak tahu..
share info..bagi semangat..
ini je la yang mak mampu buat..
sebab mak pernah merasainya..
dan,
mak faham.

hari hubby ada cerita pasal kawan dia..
kawan hubby nih kawen sama tarikh dgn kiteorg..
cuma,
mereka masih belum dikurniakan lagi rezeki nak dapat anak..
lebih kurang la cerita kami..

then, hubby cakap..
couple tuh buat keputusan nak g check dgn doktor..
siapa yang bermasalah dan solutions nye..
for me, baru setahun kot kawen..
macam terlalu awal nak buat pemeriksaan tuh..
lain la kalau dah lebih daripada 3 tahun..
masih tidak dikurniakan rezeki..
mungkin, patut buat pemeriksaan..
tapi, tak pe la kan..
bagus jugak buat pemeriksaan awal nih..


cuma, si isteri dah buat dan result nya alhamdulillah..tak de masalah..
tapi, bagi si suami...
kena tunggu 3 months baru boleh buat..

si suami bertanya la kepada si isteri..

suami:kalau abang yang bermasalah..camne?
isteri: tak x pe..ayang terima abg segalanya..

haaa...tengok!
cuba, kalau si isteri yg bermasalah..
adakah jawapan si suami akan begitu? (mungkin iya..dan, mungkin jua sebaliknya!)

masa hubby cerita..
mak senyum aje la..
sebab dah agak dah si isteri tuh akan jawab camtuh..
hanya perempuan boleh faham hati perempuan kan? :)

mak tanya la hubby kenapa dorang nak buat pemeriksaan tuh..
hubby cakap sebab si isteri selalu nampak kawan-kawan yang lain dah beranak pinak..
so, si isteri selalu tanya kat si suami..
"turn kite bila, bang?"

tiba-tiba,
hubby tanya kat mak..
kenapa mak tak pernah tanya dia soalan tuh.....

mak x de jawapan...
mak terus diam..
terus tukau topic lain..huhu

kalau lah dia faham betapa hati nih teringin sangat mempunyai anak sendiri..
kalau lah dia faham kenapa mak tak pernah tanya dia soalan tuh sbb mak x nak tengok dia sedih atau kecewa dgn mak..
kalau lah dia faham selama nih mak simpan perasaan tuh dalam hati nih..
kalau lah dia faham betapa hancur nya hati nih bila setiap kali datang period dan kita tahu harapan kita tuh hanya tinggal harapan aje..
kalau lah dia faham setiap kali dia dukung baby orang lain, hati nih meronta-ronta menangis..



tapi, mak redha dengan ketentuan Tuhan..
masih belum rezeki kami..
Tuhan adalah perancang yang Maha Hebat..
Tuhan lebih tahu mana yang lebih baik untuk kami umatNya..


Dear Hubby,

InsyaAllah pasti ada rezeki kita nanti..

teruskan berdoa berdoa dan berdoa.

picnic @ Port Dickson

Hye korang :)
alahai..setiap kali nak update belog..
pasti ada problem!
aishh..mak dah penat2 karang ayat..
dah save bagai..
sekali bila tgk kat draft..
hilang!
uihh jenuh wei..
tuh yg merajuk la konon nye..
malas mau update ke apa kan..
ok..alang-alang dah taip yang baru..
mak teruskan la..
kalau jadi jugak mmg mak merajuk!
hahahaha
last week masa cuti Maulidur Rasul kami 1 family ke PD..
picnic uolsss..
lama sungguh la aihhh tak berpicnic nih...
tempatnye ke mana lagik kan..
kalau ke PD harus la ke Teluk Kemang..
pic nih aje la..
camera bawa tapi memory card nye tertinggal daaa..
adoiii...
nasib hubby x bising..
dia kata sebab dah biasa..
aku memang selalu buat gini..
hahahaha
dalam pada tengah shopping beli barang..
sempat laei amik gambar kan..
ohh busy la konon nye tuh kan..
waahh rileks nampak kamu Chempaka..
best la jugak..sebab dah lama kan tak berpicnic bagai..
last masa dulu Chempaka 2 atau 3 tahun kot...
tuh pun kat air terjun ulu bendul..
disebabkan mak memang "mahir" berenang ala-ala mermaid..
so, mak bergayut aje le dgn pelampung!
hahahahaha
(faham kan maksud nye tuh? hehehe)
uolsss...nanti mak update lagi eh..
jumpa lagi cerita yang lain pulak!
opss..mak belum tunaikan lagi janji nak post entry resepi pizza..
tunggu ye uolsss..

Saturday, February 11, 2012

i'm back uolssss

Hye korang :)
lama sungguh menyepi kan..
mesti blog nih dha x de org jenguk dah!
ada banyak cerita nya..
tapi,
lappy kat rumah tuh cam bengong sket..
tuh yg kdg2 malas mau ngadap lama-lama..
paling tidak pun online guna hp aje..
ok sekarang mak dah buat auto publish..
berupdate le jugak belog nih haa..
cuma,
cerita nye sedikit basi la ye..
hehehe
kalau korang perasan..
mak selalu kan tengok show kat Istana Budaya tuh..
for this year...
banyak cerita yang menarik!
memang dah ada dlm list mak dah..
hehehe
awal tahun nih dimulakan dengan nengok Konsert Rock Awie & Ella..
kali nih..
mak bertuah sket!
kenapa?
asal nya mak beli tiket paling murah uolsss...
dok nye kat atas nun!
nampak rambut awie aje gamaknye...
masa nengok tuh kami bertiga (mak, hubby & sister) datang lambat!
show kul 3..
kul 2 baru gerak dari kajang..
hehehe..
kami memang smapai lambat..
x de la lambat mana..
show pun x start lagik..
cuma, semua org dah masuk dalam la..
dalam pada mak terkocoh-kocoh jalan (mana yg kenal mak..korang leh bayangkan betapa kalut dan laju nye mak berjalan! hahahaha)
ada orang panggil kami..
mula-mula kami buat tak dengar aje..
pas tuh dipanggil lagik..
dan orang tuh cakap...
"kiteorg nak bagi complimentary seat nih..rezeki uolss dapat!"
waa..apa lagik..
tersenyum lebar mak ok!
jelas nyata mak nampak awie & ella..
jelas sungguh kegedikkan ella..
hehehehe
konsert nih best sebab dorang bawa lagu-lagu hits..
so, memang layan la!
ermmm last week kami g nonton Lawak Ke Der?
giles best!
sakit perut mak..
gelak manjang...
malam tuh Nabil jadi host nya..
malam tuh Osbon x de..
osbon ada ari Jumaat aje..
Jozan x yah cakap la..
memang kelakar habis!
Boboi pun tomey sangat!
nak panggil siapa??
Datin Maimunnnnn!
next month ada teater Cuci the musical..
nih last wei..
pas nih x de dah..
dulu mak pernah nengok dgn kawan-kawan..
mmg best la..
kali nih nak nengok lagik..
hehehe
ok la uolsss..
sorry la ye cerita nye agak basi!
nanti mak cuba mengupdate sebolehnye ye...
(macam la ada yg follow kan.. hehehe..perasan!)