CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012



Hye korunk :)
aduhai..lama sungguh mak menyepi kan..
ok..diam tak diam esok dah masuk tahun 2012 dah !
2011 akan meninggalkan kita..
tahun nih banyak sangat cabaran dalam hidup mak..
lepas satu satu mak diuji !
tak pe...
mak tahu mak kuat dan boleh handle..
kalau tak..x akan kite diduga luar kemampuan kan?
Allah Maha Adil..
biarlah segala yang berlaku pada tahun nih akan berlalu begitu aje..
mak akan jadikan cabaran itu satu semangat untuk teruskan kehidupan akan datang yang pastinya lebih mencabar !
selamat tinggal 2011..
selamat datang 2012 !
opss...kedatangan 2012 menandakan umur mak sudah 27 tahun !

Sunday, December 11, 2011

Egg Benedict


Hye korunk :)
mak nak share satu resepi yang ringkas & sedap..
cuba la try !

Egg Benedict:
(resepi dari Kak Ita)

2 biji telur
2 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit oregano - mak pakai yang mixed herbs

Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin.
Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti.
Tabur lagi sedikit lada hitam & garam.
mak taburkan sedikit mixed herbs
Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional) -mak letak
Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
Sedia untuk di makan..




Saturday, December 10, 2011

Tulang Rusuk Kirimu


Hye korunk :)


WANITA : Siapa yang paling kamu CINTAI di dunia ini...?
LELAKI : Kamu..
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)..Kamu, TULANG RUSUKKU..

Kerana Allah MELIHAT bahawa Adam KESEPIAN..saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.,semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi
merasakan SAKIT di hatinya...


kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan BERTUKAR..

Thursday, December 8, 2011

pedas ke cili ?


Hye korunk :)
eh eh kenapa gelabah semacam?
terasa ke?

Wednesday, December 7, 2011

mau pinjam duit tak?



Hye korunk :)

waaa..kedengarannya seperti tuan rumah sudah kaya raya kan..

baik hati mau menanya orang soalan begitu..

ke sudah jadi "ah long" bukit beruntung..

"wa ah long...wa mau tolong !"..

hehehehe


kalau kita cakap pasal DUIT..

bagi mak sangat la sensitif..

bukan kerana mata duitan ke..kedekut ke apa..

dengan duit nih..

adik beradik boleh bergaduh..

mak ayah boleh bergaduh dengan anak.
dulu kawan baik..sekarang musuh ketat..

hanya kerana DUIT !


nasihat mak..

untuk yang pemurah dalam memberi duit nih..

sebelum buat sesuatu perkara..

sila fikir sedalam-dalamnya..

sila fikir dengan rasionalnya..

jangan la terlalu bermurah hati sangat..

kerana diri sendiri jugak yang akan merana..

bila dah merana..

mula la menjauhkan diri dari yang lain..


bagi yang berhutang tuh pulak..

dah pandai pinjam..

pandai la pulangkan balik..

tak baik buat orang camtuh..

nanti diri sendiri yang kena..

baru tersentak !


bayangkan..

dulu peluk cium bagai..

hanya kerana DUIT hilang semuanya..

betapa kuatnya kuasa DUIT tuh kan?

atau,

manusia yang menjadi bodoh kerana DUIT?


nasihat orang-orang lama..

dalam membuat sesuatu perkara harus la berpada-pada..

Sunday, December 4, 2011

Parit Jawa Super Telemovie



Hye korunk :)
kalau korang perasan Asteruk (Astro) Box Office ada tayangkan satu telemovie "Parit Jawa"..
khas untuk bagi anda yang berketurunan Jawa..
sebenarnya, khusus untuk semua..

bagi mak..ianya adalah sebuah naskah yang terbaik..
sangat menyentuh perasaan..
sebuah naskah yang hebat..

dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat..
antara pelakon nya ialah Ruminah Sidek, Eman Manan,Zahiril Adzim, Jalil Hamid, Namron dan banyak lagi la..

ianya adalah sebuah kisah yang mengangkat tema kekeluargaan dan kemanusiaan...
perebutan harta pusaka sehingga menuntut satu pengorbanan yang agak mencabar...

bagi mak..senario nih memang berlaku disekeliling kita..
banyak pengajaran disitu yang boleh kita ambil..

Sinopsis Telemovie Parit Jawa:
Parit Jawa menyingkap kisah hidup satu keluarga yang berketurunan Jawa dan telah duduk di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya, disampaikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa, dan ia menyingkap tentang Tuminah dan Sapian yang telah berumur dan mahukan anak-anaknya bersama seperti keluarga lain.

Bagi korang penggemar naskhah sebegini..mak cadangkan tengok.
.

sekarang sana sini semua dok bercakap pasal movie Ombak Rindu..mak x tengok lagi..tak tahu la dapat tengok ke tak..hehehe...ada yang dok kata best...ada yang dok tak best..tak pe la..mak setia menunggu kat asteruk first aje la.. :p