CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Monday, November 21, 2011

Tahniah Malaysia !


Hye korunk :)
tahniah Malaysia berjaya memenangi emas untuk bola sepak !
perlawanan penuh debaran..
kami laki bini kat rumah menjerit macam apa dahhhh..
hahahaha


Detik-detik kemenangan malaysia, terima kasih kepada KHAIRUL FAHMI CHE MAT, BADDROL BAKHTIAR, ONG KIM SWEE dan SELURUH PEMAIN HarimauMalaya serta penyokong malaysia, akhirnya kita mempertahankan kemenanagan ini sekaligus memahatkan sejarah sebagai juara bolasepak sukan sea 2 kali berturut-turut.

apek hero Malaysia !

TAHNIAH !

go Malaysia go !


Apakah menjadi kesalahan skuad kebangsaan bawah 23 tahun seandainya mereka cemerlang di padang bola?

Wahai teman-teman Indonesiaku, apakah salah kami? Di mana semangat kesukanan kalian?

Malam ini, satu lagi perlawanan penting yang akan sekali lagi menyaksikan pasukan Malaysia bakal berdepan dengan Indonesia.

Kedua-dua pasukan akan berentap untuk memburu pingat emas bagi acara yang sentiasa menjadi tumpuan segenap pencinta sukan.

Kami rakyat Malaysia akan sentiasa bersedia menerima apa sahaja keputusan perlawanan itu.

Yang pasti Harimau Muda tidak akan gentar dengan keegoan Garuda Muda.

Doa rakyat Malaysia juga pastinya akan mengiringi wira-wira kami untuk berhadapan dengan provokasi melampau dan kebiadapan penonton tempatan.

Benar, anda mempunyai hak untuk memberi sokongan kepada pasukan anda. Kalau rakyat Malaysia berada di tempat anda sekalipun, mereka akan pasti melakukan hal yang serupa.

Namun, terlupakah anda bahawa stadium kebanggaan anda itu menerima kehadiran tetamu dari negara luar.

Kalau sekalipun terlalu menyampah dengan kami, sekurang-kurangnya berilah rasa hormat kepada tetamu..

**kredit to Harimau Malaya



Monday, November 14, 2011

Teater Badai Semalam

Hye korunk :)
kali nih mak layan teater badai semalam..
uolss ada yang berhajat nak g ke?
cerita nya sangat sedih..
kalau uolss bukan kategori tangkap leleh...
mungkin sedikit boring..
kesedihan bertalu-talu gitu..
tapi,
bagi mak..ok le..
kira boleh layan la jugak..


bait-bait kata dalam cerita sangat menyentuh..
lagu-lagunya pun best-best jugak..
teater nih diadaptasi dari novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim..
tak mustahil la jalan cerita nya menarik..
bagi mak..
ianya adalah sebuah naskah yang baik dan dipercantikkan lagi dengan persembahan lakonan yang hebat..

**kredit pix FB Badai Semalam

mak yang beli tiket nih..
Hubby mak x tau langsung..
so, dia terpaksa turutkan aje isteri dia nih..
hehehe..
seperti yang dijangka..
Hubby mak tertidur ok !
hahahahaha
dia terjaga sebab terkejut part Karim (Aaron Aziz) bergaduh dengan Mazni (Erra Fazira)..
sepak kerusi meja bagai !
hehehe..
adoiii..lawak betul Hubby mak nih..
mak nak feel cerita sedih terganggu dek lawak nengok dia leh tidur dalam pentas yang hebat nih!
hahahaha

mak suka dengan sound effect dia..
bila hujan sekali dengan kilat..
real kilat dia..heheh

adoii..isteri siapa yang gemok sangat-sangat nih !??!!

mak suka watak Pn Mahani..lakonan Emelda Rosmila..
gilaaaa kak nam ok !
geram mak..huhu

ohh baru mak teringat..
patut la Adlin Aman Ramli ada..
mak terserempak dengan dia..
gile innocent..
jalan pun tunduk aje..
dok fikir idea maharaja lawak mega kot !
hehehe..


salah satu penyebab mak menonton.. heheh
ohhh handsome ok !
sungguh sexy melihat Aaron Aziz menari..
auwwwwwwwwwww !

lakonan Jasmin Hamid sebagai pengoda pun..
fullamakkkkk !
hehehe

Fiz Fairus menari..agak kelakar!
hahahaha
tapi,mak suka lakonan dia..
aduhaiiiii...best !

mak salute dengan watak Mazni lakonan Erra..
pandai betul dia bermain dgn emosi..
tapi, dia memang pernah digelar sbg ratu air mata kan..

teater nih ada la jugak cacat cela nya skit2..
ada 1 scene tu, antara Mazni dengan Zaki..
kat tepi, leh pulak mak ternampak ada org mop lantai!
huhu

kalau mak nengok teater lain..
mak x pernah terganggu dek benda-benda yang remeh..
tapi, kali nih...
mak terganggu dgn benda-benda gini..
mak x tau la orang lain..
pendapat mak la ye..

keseluruhannya, teater nih menghiburkan..
ok..kalau uolss nak nengok sila-sila kan lah !
teater nih sampai 20 Nov nanti..
cepat-cepat beli ticket ye !

Friday, November 11, 2011

11/11/11 - mak pun nak jugak !


Hye korunk :)
cantik kan tarikh hari nih..
11/11/2011
confirm hari nih tok imam & doktor menjadi orang yang paling sibuk !
nak menikahkan orang nak kawen & melahirkan baby..
tak pe lah..yang penting, segala nye berjalan lancar x kira la apa tarikh nye..

mak cuti hari nih..
sebab ada appointment dengan doktor..
mak igt kan ni la yang terakhir..
aduhai..
result darah mak x keluar lagik..
tadi, doktor wat pap smear..
arghh..sakit ok !
masih terasa-rasa lagi nih...
mula-mula mak x nak buat..
tapi, atas cadangan doktor...
mak ikutkan aje..
sebab mak selalu jugak sakit kat ari-ari walaupun mak x period..
so, bulan 1 nanti ada lagi appointment dengan doktor..result pap smear & darah..
doktor ada juga explain macam-macam la..
kata nya, in between nih kalau aku nak pregnant..boleh.
cuma, kena extra careful..
kata nya, kalau pregnant nanti terus datang jumpa dorang..

aku ada jugak tanya..
kenapa ada yang miscarriage x de pulak kena amik darah ke apa..
kata nya, salah satu sebab aku miscarriage ari tuh genap 2nd trimester..
selalunya, miscarriage nih berlaku umur kandungan dlm 8 minggu ke bawah..
mungkin, salah satu nya darah aku ada masalah..
sebab tuh, kena tunggu result darah nanti camne..
ada juga case, darah semua ok..rahim ok..segala nya ok..tapi miscarriage sampai 5 kali !
doktor kata, mungkin tuh belum rezeki..

sekian kali nya mak dapat lagi folic acid..
stok untuk 3 bulan !
yang ari tuh ada lagi..
adoii..kadang-kadang mak terlupa..
memang mak ada tinggalkan kat office..
sebab hidup mak memang mak spend masa kat office lagi banyak dari kat umah..
tapi, tetap terlupa !
adoi..kena pakai alarm nih wei...

perasaan nak jadi ibu nih memang membuak-buak !
tambah-tambah lagi kat sentiasa dikelilingi oleh ibu-ibu mengandung..
mak akan terus berdoa..
sebab mak tau..
doa adalah senjata mak yang paling kuat !

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha

Hye korunk :)
Erti Hari Raya Aidiladha

Apa agaknya erti Hari Raya Qurban buat setiap daripada kita? Jika soalan ini diajukan kepada anda yang membaca. Apakah jawapan yang bakal diberi?

"Menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim".

"Menghayati erti berkorban".

Pasti banyak jawapan yang akan diberikan secara spontan.

Saya menyoal lagi, apakah jawapan ini datang dari hati? Apakah jawapan ini merupakan pandangan dan pemerhatian kita sendiri (berasaskan Islam pastinya). Mungkinkah jawapan ini hasil daripada copy-paste daripada seseorang?

Bukanlah ingin saya mengatakan salah untuk menjawab menggunakan pendapat ustaz ataupun ustazah yang memberikan pengertian Hari Raya Qurban. Jauh sekali saya ingin menyatakan maklumat di majalah serta buku-buku agama itu salah. Cuma, saya suka untuk membawa semangat carilah jawapan dari dalam hati.


Mencari Erti Dari Dalam Hati

"Jangan banyak bertanya. Boleh sesat".

Satu ayat yang pernah singgah dalam hidup saya. Mencari itu sesat? I listened.

Namun selepas suatu ketika, semakin mengenal Islam, semakin saya memahami erti pencarian. Hidup sebagai seorang Muslim ini perlu penuh pencarian. Pencarian sepanjang kehidupan! Proses pencarian itu melibatkan berfikir dan bertanya. Tidak dapat tidak. Membawa dimensi baru dalam pemikiran bahawa mencari agar tidak sesat. Ertinya, tidak mencari lebih menyesatkan!

Berbalik kepada erti Hari Raya Aidiladha. Sememangnya digalakkan untuk kita membaca artikel berkaitan dengannya. Tidak membaca boleh membawa sesat juga. Taklid buta. Cumanya, saya ingin membawa semangat, nilailah kembali hasil bacaan. Fikirkan dan simpulkan. Kita semua pernah belajar membuat kesimpulan dalam matapelajaran Bahasa Melayu bukan? Mudah sahaja right?

Carilah erti agar kita akhirnya mempunyai satu pandangan dan jawapan yang tersendiri. Erti Hari Raya Qurban yang lahir daripada hati.

Setiap daripada kita berbeza. Punya kisah yang berbeza. Ambillah iktibar daripada peristiwa Qurban untuk disesuaikan dengan kisah kehidupan kita. Apakah pengorbanan yang ingin kita lakukan?

Mungkin ini membantu kita menjawab erti Hari Raya Aidiladha kita pada tahun ini. Ambillah masa sekejap untuk berfikir dan mencari jawapan. Jawapan itu ada di dalam hati. Jujur pada diri. Berdoalah tatkala mencari, Allah mendengarnya.

Justeru, Saya bertanya sekali lagi pada pemilik hati-hati yang membaca.

"Apakah erti Hari Raya Aidiladha buat anda?"

Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti akan bertemu jawapannya. Syaratnya perlu teruskan mencari.

Seruan saya, marilah memaknakan Hari Raya Aidiladha. Mencari erti dengan mata hati. Mencari erti dengan sabar dan solat.

*kredit to: iLuvislam


insyallah one day I will be there... insyallah...
May Allah forgive all the sins of our Muslim brothers and sisters.

Selamat menyambut Aidiladha..
berhati-hati di jalan raya ye !

mood: mak sedikit excited sebab pagi raya ni adalah yang pertama kali selepas mak berkahwin dapat beraya dengan Mama Abah..
Link

Friday, November 4, 2011

Mr Junior

Hye korunk :)
nikmat betul bila cuti..
penat hari-hari balik lambat..
asal balik aje matahari dah tak ada !
bulan setia betul menemani mak..
hehehe


malam semalam mak makan burger !
eh bukan burger biasa ye..
sedap ya amat !
serius...sedap wei...
Mr Junior..
orang Shah Alam tau la kot..
sekarang nih ada bukak kat Jalan Reko..
so, orang-orang Kajang atau Bangi leh le dtg makan..
x yah le nak ke Shah Alam nun!

nih yang mak makan semalam..
Pizza Burger..
dia pakai daging cincang..cheese dia..fullamak..
sedap wei ! :p

antara menu yang ada..
mak mintak set..
ada ayor, dengan hash brown..
puas betul mak makan!
hehehe

so, uolssss...
kalau yang belum rasa lagi tuh..(ke korang dah rasa dah lama..mak aje yang kuno..hahahhaa)
meh le pakat-pakat rasa!
hehehe

Tuesday, November 1, 2011

Love + Mercy [journey to penang with love]

Hye korunk :)
aduhai..serius penat sangat sekarang nih..
kerja kat office memang tak pernah abis kan?
makin banyak ada lah..
selalu sgt dah nih mak balik matahari dah tak ada..
bulan dan bintang aje yang ada !

entry kat sebelum nih kan mak kabo mak nak g bercuti ke Penang kan?
dan,
ini la cerita nya !
huhu

kenapa Penang menjadi destinasi?
sebab kat sini la kami selalu berdating time bercinta - cintun dulu !
kiranya mengimbas kembali kenangan gitu..
mana la tahu kan ada baby "made in Penang" ke !
hehehehe

Red velvet cupcakes from Melting Bites
kami dua gagah mencari kedai nya..
tuan empunya kedai ada cakap mau tlg anta kan..
tp kami pilih untuk cari sendiri!
serius ! sedap ya amat..

mak cadangkan kalau uolss nak g Penang..
lepak la kat Hard Rock Hotel nih..
gerenti best !

malam kami sampai tuh..
ada foam party kat sana!
1st time ok mak nengok foam party nih..
terkedu jap mak..
oppsss...tapi kami tak join eh !
hehehe..

masa kami pergi tuh..tema nye Pinktober..
breast cancer awareness..
so, segala nya warna pink..
ohh likeeee !
hehehe

mak ada gak ke Toy Museum..
dulu masa bercinta selalu aje nampak..
tapi, tak pernah langsung singgah!
kali nih..mak nekad nak ke sana..
tempat nye ok-ok la...
buat orang seperti mak yang hidung nya "hidung org kaya yang kena pakai maid buat keje rumah" nih..memang tak sesuai !
sebab hidung mak mmg dapat mengesan habuk-habuk yang ada !
ya ampunnnnnnn...

belakang mak king kong tuh!
ada rupa org yang tengah takut tak?? hehehe


ohh so sweet !..hero datang selamatkan mak ! hehehe

tapi, ada agak patung-patung nih yang buatkan mak gerun sekejap..
huhu

Penang Hill


Penang Hill pun mak panjat gak..
tapi kali nih train nye laju..
cuma,
disebabkan lemak sangat tepu di peha dan pinggang mak..
jadi nya, agak ketar kepala lutut mak masa kat atas tuh!
hehehehe

dulu kami ada gak amik pic gini..hehehe

mak memang dah berhajat nak rasa nasi kandar beratur nih..
kata nya famous ye!
sekali..sampai aje ke sana..
aduhai...bau nya agak "harum" gitu..
mak rasa tak sepatutnya bau begitu..
sebab lokasi nya betul-betul sebelah dengan Masjid Kapitan Keling..
salah satu tempat pelancongan (kalau tak silap mak la..)
so, tak de la mak dtg makan kat sana..
mungkin juga, mak yang tidak bernasib baik..
bau berkenaan hanya pd hari yang mak datang tuh kot !
mak tetap bersangka baik...
masjid kapitan keling

kiteorang saja aje ngulang benda yang selalu kami buat masa berdating-dating dulu..
lepak gak kat Padang Kota malam-malam hari..
pekena pasembor..
sambil gelak ketawa..
macam dulu-dulu konon nya..
tapi, kantoi !
kami x mampu nak lepak sana lama-lama!
penat letih nyamuk banyak semua rasa la...
hahahahhaa
dulu bercinta semua tuh tolak ketepi eh..
heheheh

batu feringi..


masjid terapung

terima kasih la kat Hubby bawa mak g jalan-jalan..
walaupun banyak tmpt kami pergi tuh memang kami dah pernah pergi..
tapi, have fun la jugak..
kata mengimbau...
hehehe

ada lagi jeruk kat rumah nih..
siapa nak?
sila la datang rumah ye ! :p